Pemimpin seni kumpulan paduan suara ini, Encik Burenbayar menyatakan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan ini hanya belajar dan berlatih dalam masa tidak sampai dua bulan dan mrereka dapat menguasai teknik menyanyi untuk paduan suara dalam beberapa peringkat. Sejak kumpulan paduan suara ini ditubuhkan dua tahun yang lalu, mereka telah membuat persembahan di Mongolia Dalam, Beijing dan Tianjin. Persembahan mereka mendapat sambutan yang baik di tempat-tempat tersebut. Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Hulun Buir ini pandai mempersembahkan balada padang rumput yang perbagai jenis. Persembahan mereka berjaya menggambarkan sejarah dan kehidupan pelbagai etnik yang tinggal di kawasan Hulun Buir supaya orang ramai dapat menikmati budaya padang rumput yang berwarna-warni itu.
Sekarang, marilah kita bersama-sana menikmati lagu rakyat etnik Daur yang berjudul "Rindu Hati dalam Hutan". Lagu ini menceritakan perasaan seorang kampung yang meninggalkan kampung halamannya dan bekerja dalam hutan. Dia amat merindui keluarga saudara mara, kawan-kawan dan kampung halamannya.
Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu rakyat Oroqen yang berjudul "Restu dari Zaman Kuno". Lagu ini menggambarkan penghormatan penduduk etnik Oroqen terhadap alam semula jadi.