Cari:
Lagu Rakyat Hakka Nyanyian Huang Hongying 1
2009-09-02 19:22:44 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan menyiarkan lagu rakyat Hakka yang dinyanyikan oleh biduanita Huang Hongying.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Selamat Datang ke Huizhou" yang dinyanyikan oleh Huang Hongying. Suaranya merdu dan bunyinya mesra. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Pemandangan pada musim bunga indah sekali, tetamu dari merata tempat berkumpul di sini. Kunyanyikan lagu Hakka untukmu. Suara yang merdu lebih menarik daripada bunga yang harum. Cuaca tidak panas dan tidak juga sejuk, pemandangan pada empat musim di Huizhou semuanya indah. Jika engkau datang lagi, lagu Hakka akan menemanimu dari malam hingga ke pagi."

Huang Hongying dilahirkan di bandar Huizhou, provinsi Guangdong. Sejak kecil beliau selalu mendengar lagu rakyat Hakka yang dinyanyikan oleh ibunya. Pada tahun 1976, Huang Hongying yang berumur 14 tahun telah dipilih menjadi penyanyi oleh sebuah kumpulan seni. Beberapa tahun kemudian, beliau dipilih menjadi biduanita bagi Kumpulan Seni Nyanyian dan Tarian Huiyang. Melalui beberapa banyak persembahan dan latihan vokal secara profesional, Huang Hongying telah mengumpulkan banyak pengalaman hingga taraf nyanyiannya meningkat dengan cepat dan terbentuklah keistimewaannya yang tersendiri. Suaranya lembut dan jelas. Beliau bukan sahaja pandai mempersembahkan lagu rakyat atau menyanyi secara bel canto, bahkan pandai juga membawakan lagu-lagu pop.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat Hakka yang berjudul "Siapalah yang Menyanyi Ini" yang dipersembahkan oleh Huang Hongying. Lagu ini ialah lagu cinta yang dipersembahkan secara tanya dan jawab antara sepasang kekasih.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China