Katil sudah bersejarah lama di China. Katil yang bersejarah paling lama yang ditemui di China ialah katil kayu dicat yang dibuat pada zaman Negeri-negeri Berperang, iaitu pada abad ke-5 hingga abad ke-3 sebelum Masihi.
Pada zaman Dinasti Han pada tahun 206 sebelum Masihi hingga tahun 220 Masihi, katil yang hanya digunakan oleh satu orang yang sempit lagi rendah juga telah diperkenalkan.
Katil zaman purba China beraneka bentuk. Ada yang berbirai, dan ada yang digabungkan dengan meja teh.
Katil Luohan ini merupakan katil yang dibuat dengan bambu dan terdapat birai pada tiga tepinya. Ia bukan sahaja untuk baring, tetapi juga untuk duduk.