Cari:
"Kisah di Bilik Barat" Gambarkan Cerita Cinta yang Romantik (2)
2009-09-09 10:43:45 CRI Cetak

Wang Shipu, penulis opera yang terkenal pada zaman Dinasti Yuan menghasilkan drama puisi yang bertajuk "Kisah di Bilik Barat" berdasarkan cerita yang sudah sedia ada dan ciptaanya sendiri. Pemikiran yang ditunjukkan dalam opera tersebut tentang harapan "semoga kesemua pasangan yang bercinta dapat hidup bersama" diiktiraf sebagai yang pertama dalam sejarah kesusasteraan China.

"Kisah di Bilik Barat" merupakan sebuah drama puisi yang paling berpengaruh yang dihasilkan pada zaman Dinasti Yuan, iaitu kira-kira 700 tahun yang lalu. Penulisnya, Wang Shifu mempergiatkan inovasi terhadap kaedah pengarangannya, di samping menambah pelbagai tirai di atas pentas bagi meningkatkan keceriaan dan membantu para pelakon menghidupkan suasana yang diperlukan.

Drama puisi yang terdiri daripada lima babak ini mengisahkan sepasang kekasih yang gigih memperjuangkan kebebasan bercinta, malah berani memilih dan menentukan jodoh sendiri. Cerita seumpama ini kelihatan agak menonjol dalam masyarakat feudal pada suatu ketika dahulu.

Penulis "Kisah di Bilik Barat" ini menggunakan kata-kata yang halus dan hidup dalam membentangkan cerita yang berliku-liku. Selain itu, banyak ungkapan dalam bahasa lisan juga dipilih oleh penulis ini dalam mengatur perbualan dan perbincangan antara watak-wataknya. Justru itu, watak-watak yang diwujudkannya dapat membawa lakonan yang menarik hingga berjaya mengharukan para penonton.

Dalam bahagian penamat drama puisi "Kisah di Bilik Barat", penulisnya menghasilkan dua puisi untuk dinyanyikan oleh watak wanita utama, iaitu Cui Yingying. Dua puisi itu berbunyi: "Kami berdua berada di tempat ini, menyaksikan pemandangan indah, langit yang biru dengan awan yang berkepul-kepul, dan tanah di sekeliling kami sudah diliputi bunga-bungaan yang kuning warnanya. Kumpulan angsa liar terbang di angkasa untuk berhijrah ke selatan dari utara, melintasi angin barat yang bertiup begitu kencang. Siapa yang menyelimuti hutan ini dengan fros ketika matahari terbit pada waktu subuh? Ternyata, fros itu adalah titisan adalah air mata pasangan yang berpisah."

Gambaran yang dilahirkan dalam puisi tersebut begitu indah dan menarik hingga berjaya mengharukan, bukan sahaja pembaca pada zaman itu, malah pembaca pada zaman sekarang.

Berkait dengan penulis "Kisah di Bilik Barat", iaitu Wang Shifu, catatan yang berkaitan dengannya terlalu sedikit ditemui. Kita hanya mengetahui bahawa beliau berasal dari keluarga pegawai kanan yang nenek moyangnya memegang jawatan kerajaan secara turun-temurun.

Wang Shifu sendiri telah berkhidmat dalam jabatan kerajaan dalam suatu tempoh yang panjang, dan telah memegang jawatan tinggi hingga ke peringkat provinsi pada usia 40 tahun. Kebanyakan orang tidak memduga bahawa beliau yang bernasib begitu baik dalam arena politik, sanggup mengetepikan masa depannya yang begitu cerah untuk dinaikkan pangkat lagi, meletakkan jawatannya ketika hamper mencecah separuh umur, lalu dan beralih untuk menceburkan diri dalam bidang pengkaryaan drama.

Wang Shifu mengambil bahagian dalam "Persatuan Buku Yujing" yang ditubuhkan oleh Guan Hanqing, seorang karyawan drama yang diiktiraf sebagai paling cemerlang pada zaman itu, iaitu zaman Dinasti Yuan. Beliau mula menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengarang drama, dan sering muncul di pusat-pusat hiburan dan panggung.

"Kisah di Bilik Barat" adalah antara 14 buah drama puisi yang dihasilkan oleh Wang Shifu, dan diiktiraf sebagai yang paling cemerlang. Drama ini dilihat sebagai imej Wang Shifu yang melonjak ke kemuncak kerjayanya disebabkan keistimewaannya dalam beberapa aspek, seperti struktur drama, pertikaian antara watak-watak disusun dengan rapi, penggambaran watak yang menarik dan lain-lain.

Hingga ke hari ini, iaitu kira-kira 700 tahun sesetelah "Kisah di Bilik Barat" dipersembahkan untuk pertama kali, persembahan drama puisi ini tetap diteruskan di China dalam pelbagai bentuk, seperti Opera Kun.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China