Cari:
Li Bai dan Puisinya "Qiang Jin Jiu" (2)
2009-10-21 19:33:27 CRI Cetak

Keghairahan yang tidak terbendung dan pengalaman hidup yang begitu luasdilihat sebagai landasan berkembar yang membantu Li Bai mencapai kecemerlangan dalam usaha menghasilkan puisinya. Kebanyakan karya sasterawan ini dicipta dengan berlatarbelakangkan suasana minum arak.

Minum arak lebih merungkaikan siapa sebenarnya Li Bai, iaitu ketika beliau menyuarakan pendapat atau menyatakan perasaanya tentang sesuatu peristiwa atau mengemukakan sesuatu bantahan. Semangatnya yang membara selalu dapat dicerminkan melalui karyanya, contohnya "Qiang Jin Jiu".

Puisi yang bertajuk "Qiang Jin Jiu" ini bermaksud "lagu memujuk teman minum arak". Li Bai menganggap hal yang paling menggembirakan dalam kehidupannya ialah mengatur jamuan. Jadi, beliau mengajak teman-temannya makan pelbagai hidangan dan minum arak bersama-samanya. Ketika "Qiang Jin Jiu" dihasilkan, Li Bai berasa kesal kerana bakatnya yang besar itu tidak dapat diiktiraf sehinggakan cita-citanya tidak tercapai. Beliau mengambil peluang untuk terus mencurahkan emosinya sepuas-puasnya ketika minum arak.

"Bolehkah anda nampak sungai Kuning yang meluap-luap, airnya tidak menungkah setelah mengalir ke Laut Timur. Bolehkah anda nampak orang ini berasa risau, berdiri di depan cermin di ruangan tamunya, gelut dengan kenyataan ini, iaitu betapa cepatnya masa berlalu. Sedar tidak sedar, rambut yang masih hitam pada sebelah pagi sudah berubah menjadi putih pada sebelah malam.

Memandangkan kegelisahan memang tidak dapat dielakkan, Li Bai membebaskan dirinya daripada rasa pesimis itu, lalu giat menyebarkan mesej bahawa manusia patut menghargai saat yang bahagia. "Manusia patut menikmati saat yang bahagia dengan minum arak sepuas-piasnya, terutama apabila mengalami peristiwa yang menggembirakan. Jangan biarkan cangkir emas ini tidak diisi apa-apa, terletak di bawah cahaya bulan sahaja."

Untuk mengukuhkan keyakinan pada dirinya sendiri, Li Bai, seterusnya, membanggakan dirinya dengan menggunakan ayat yang penuh bersemangat, iaitu "Aku, sudah ditentukan oleh Tuhan untukimemainkan peranan yang berguna dan mampu memberikan sumbangan kepada tanah air. Walaupun sudah berbelanja berjuta-juta, aku tetap mampu memperoleh lagi wang sebanyak itu."

Akhirnya, Li Bai menamatkan puisi "Qiang Jin Jiu" ini dengan sepotong ayat "Biarlah aku bersama-sama denganmu menghapuskan kegelisahan yang berlarutan ini yang mungkin akan tercatat dalam sejarah yang berkekalan. Angkatlah cangkir dan minum!" Rasa kesal yang dinyatakan pada ayat penamat itu kebetulan bersambung dengan rasa sedih yang dinyatakan pada bahagian permulaaan puisi ini. Tujuannya adalah untuk menegaskan lagi perasaan penulis yang meluap-luap itu.

Memandangkan Li Bai mendapat gelaran "Dewa Puisi", kita memang tidak dapat menghayati kehebatannya dengan  menggunakan sebuah puisinya sahaja sebagai contoh, lebih-lebih lagi untuk menilainya sebagai saterawan tersohor. Keunikan Li Bai dalam menghasilkan puisi meletakkannya pada kelasnya yang tersendiri. Beliau boleh dikatakan penyajak yang paling cemerlang jika dikira dari segi lingkungan sebaran karyanya, jumlah ciptaannya yang begitu banyak dan tahap falsafanya yang begitu tinggi yang ditunjukkannya melalui karya-karyanya.

DAZHONG.............

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China