Cari:
Persembahan Kumpulan Seni Muzik dan Tarian Orang Kurang Upaya China
2009-10-27 14:23:32 CRI Cetak

Baru-baru ini, Kumpulan Seni Muzik dan Tarian Orang Kurang Upaya China mengadakan persembahan yang bertema "Mimpi Ku" untuk merayakan ulang tahun ke-60 penubuhan Republik Rakyat China. Dalam rancangan hari ini, saya akan menghidangkan beberapa muzik yang menarik daripada konsert tersebut.

Sebagai hidangan pertama, nikmatilah lagu yang berjudul "Ruangan Angkasa" yang dinyanyikan penyanyi buta, Yang Haitao. Beliau pernah mempersembahkan lagu ini dalam upacara perasmian Sukan Paralimpik Beijing 2008. Sebelum persembahan, Yang Haitao berkata di atas pentas, "Tahukah saudara, saya juga mempunyai sepasang mata sama sepertimu, tetapi di depan mataku itulah kekal gelap." Perkataannya menimbulkan para penonton bercucuran air mata. Walaupun tidak pernah melihat langit biru dan awan putih, tetapi nyanyian beliau telah menyampaikan rasa cintanya terhadap kehidupan.Silalah nikmati lagu ini.

Kumpulan Seni Muzik dan Tarian Orang Kurang Upaya China ditubuhkan pada tahun 1987. Pada mulanya, kumpulan itu terdiri dripada lebih 30 orang kanak-kanak kurang upaya. Kemudian, kumpulan itu merekrut anggotanya di seluruh negeri. Melalui perkembangan dalam tempoh lebih 20 tahun, taraf kesenian kumpulan itu semakin meningkat dan mencapai tahap kesenian dari semasa ke semasa. Pengelolaan kumpulan itu tidak bergantung kepada peruntukan kerajaan lagi, sebalikkan beroperasi berikutan sistem pasaran kebudayaan. Kumpulan itu pernah pergi ke lebih 60 buah negara untuk mengadakan persembahan. Mereka digelar sebagai "utusan permai dan kemanusiaan".

Seterusnya saya akan hidangkan lagu yang berjudul "Kod Nyawa" yang dinyanyikan Zumulaiti, seorang gadis etnik Uygur. Beliau mempunyai mata yang jernih dan berambut labuh, tetapi beliau tidak dapat berjalan lagi disebabkan penyakit parah. Zumulaiti memberitahu orang ramai melalui nyanyiannya bahawa baik hati mengindahkan jiwa, rasa sayang memanjangkan nyawa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China