Xia merupakan dinasti pertama dalam sejarah China, dinasti itu bersejarah hampir 500 tahun dan bermula pada abad ke-21 sebelum Masihi hingga abad ke-16 sebelum Masihi. Wilayah pentadbirannya terletak di kawasan selatan provinsi Shanxi dan kawasan barat provinsi Henan pada masa ini.
Penaja Dinasti Xia itu, Da Yu merupakan pahlawan yang dijunjung tinggi dalam usaha mencegah banjir. Dinasti Xia merupakan permulaan masyarakat bersistem hamba dalam sejarah China dan masyarakat primitif telah berakhir selepas itu.
Pada tempoh akhir Dinasti Xia, kekacauan telah berlaku antara anggota diraja Dinasti Xia dan pertentangan masyarakat pun menjadi semakin serius. Raja terakhir Dinasti Xia, Jie tidak mengacuh pentadbiran negara dan asyik bermain dengan gundik yang disukainya. Dan raja itu membunuh menteri-menteri yang memberi nasihat kepadanya. Pelbagai negeri kecil dibawah kerajaan Xia itu berturut-turut mengadakan pemberontakan. Akhirnya Negeri Shang telah berjaya mengalahkan tentera Xia dan mengakhiri pemerintahan Xia. Raja Jie pun mati selepas dia melari ke Nanchao.