Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Nada Lagu", persembahan pertama dalam konsert tersebut. Lagu ini lagu rakyat etnik Korea yang tradisional. Ia menyatakan perasaan rindu antara dua kekasih selepas berpisah. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Awan berarak di langit, kabut menyelimuti sungai. Tak tahulah sama ada hujan atau salji akan turun, atau akan berangin. Tak tahulah, sama ada kekasih akan pulang dan aku akan jatuh cinta atau tidak."
Di provinsi Jilin, bahagian timur laut China, ada sebuah Daerah Autonomi Etnik Korea Yanbian yang terletak di kawasan sempadan antara China dengan Rusia dan Republik Rakyat Demokratik Korea. Penduduk etnik Korea yang tinggal di provinsi Jilin ini mewakili lebih 60% daripada jumlah penduduk etnik Korea di seluruh China. Manakala jumlah mereka yang tinggal di Daerah Autonomi Enik Korea Yanbian ini sahaja merupaka 70% daripada jumlah penduduk entik Korea di provinsi Jilin.
Etnik Korea pandai menyanyi dan menari. Maka, itulah sebabnya Daerah Autonomi Enik Korea Yanbian ini juga dikenali sebagai "kampung nyanyian dan tarian". Lagu rakyat etnik Korea selalunya dicipta berdasarkan kehidupan masyarakat, dan diwaris melalui mulut sahaja. Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Laut". Lagu ini menceritakan tentang pengalaman etnik Korea yang berlayar ke tempat jauh untuk menangkap ikan.
Berikutnya saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Dodol Kacang Soya". Dodol kacang soya ialah sejenis makanan tradisi etnik Korea. Lagu ini menceritakan betapa enaknya dodol kacang soya dan melaluinya diungkapkan perasaan kasih yang mendalam antara anak dengan ibunya.
Seterusnya saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Niao Da Ling" atau "Burung Berterbangan". Lagu yang berentak rancak ini menceritakan keaaan burung-burung yang terbang bebas di angkasa, iaitu tempat hidup mereka yang semula jadi.
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Alilang", lagu cinta etnik Korea yang amat popular. Lirik lagunya antara lain berbunyi " Arilang, Arilang, engkau pergi ke tempat jauh, dan membiarkan aku seorang diri tinggal di sini. Kehidupan kita penuh dengan kepahitan. Bila engkau akan pulang, beritahulah lebih awal, supaya aku menjemputmu."