Cari:
Lagu Rakyat Nyanyian Zhao Jing
2009-12-10 15:04:45 CRI Cetak

Dalam ruangan kali ini, saya akan memperkenalkan lagu rakyat China yang dinyanyikan oleh biduanita daripada pasukan tentera, Zhao Jing.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Qinghai yang berjudul "Lagu Empat Musim" yang dinyanyikan oleh Zhao Jing. Lagu ini lagu cinta yang tradisional. Lirik lagunya menceritakan perubahan perasaan gadis pada empat musim melalui bunga narsis, buah delima, orange osmanthus dan kepingan salji.

Zhao Jing ialah biduanita daripada Kumpulan Seni Nyanyian dan Tarian Pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China. Beliau dilahirkan di Sichuan dan berminat menyanyi, terutamanya lagu rakyat sejak kecil lagi. Pada tahun 1976, beliau berjaya lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah seni di provinsi Sichuan. Usahanya yang bersungguh-sungguh dalam beberapa tahun selepas itu menjadikannya berjaya mendapat tempat pertama kategori persembahan balada kebangsaan pada tahun 1982. Kemudian, beliau meneruskan pelajaran di fakulti opera Konservatori Muzik China.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat Sichuan yang berjudul "Memetik Bunga" yang dipersembahkan oleh Zhao Jing. Lagu ini amat popular di Sichuan. Lagu ini menceritakan bunga yang berkembang pada bulan yang berlainan, supaya orang mengetahui banyak pengetahuan mengenai pekerjaan dan kehidupan. Lirik lagunya antara lain berbunyi "Bunga pic amat merah pada bulan Mac, bunga anggur berkembang di atas junjung pada bulan April. Bunga delima berkembang satu demi satu pada bulan Mei. Bunga peoni rumput berkembang besar seperti bunga peoni pada bulan Jun. Beras ditapai menjadi arak pada bulan Julai. Bunga Guihua amat harum pada bulan Ogos dan bunga kekwa boleh dipetik pada bulan September."

Pada tahun 1992, Zhao Jing menyertai "Pertandingan TV Penyanyi Muda Kebangsaan ke-5" dan mendapat tempat kedua dalam kategori lagu rakyat. Selepas itu, beliau dipilih menjadi penyanyi solo Kumpulan Seni Nynyian dan Tarian Tentera Pembebasan Rakyat China.

Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Hebei yang berjudul "Menyulam Tanglong".

Akhir sekali, nikmatilah suara Zhao Jing dengan lagu rakyat Yunnan yang berjudul "Sungai Mengalir". Lagu ini menceritakan perasaan rindu seorang gadis terhadap kekasihnya ketika mendengar bunyi air sungai yang mengalir.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China