Cari:
Lagu Rakyat yang Berjudul "Melur" di pelbagai tempat di China
2009-12-16 16:19:04 CRI Cetak

Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan lagu yang berjudul "Melur" yang dinyanyikan di beberapa tempat China.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Melur" yang amat popular di kawasan timur laut China ini.

Pernahkah saudara berjumpa bunga melur? Bunganya berwarna putih, kuntumnya tidak besar, tetapi baunya amat harum. Orang China amat suka pada bunga melur, dan terdapat banyak lagu rakyat yang menceritakan bunga melur. Menurut statistik umum, terdapat beberapa ratus buah lagu mengenai bunga melur. Jadi, lagu yang berjudul "Melur" boleh dikatakan terdapat di mana-mana sahaja di China dengan bermacam-macam gaya. Sekarang, marilah kita bersama-sama menikmati "melur", lagu rakyat Jiangsu. Lagu ini paling terkenal di China dan paling luas edarannya. Provinsi Jiangsu terletak di kawasan tenggara. Pemandangan di sana indah, dan rakyatnya rajin serta cekap. Lagu rakyat Jiangsu ini merdu dan iramanya yang rancak. Lagunya kebanyakan dinyanyikan dalam dialek tempatan, dan ini menjadikan lagu rakyat Jiangsu ini amat istimewa. Lagu "Melur" menjadi wakil lagu rakyat Jiangsu. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "bunga melur yang cantik berkembang sekali di semua cabang. Bunganya berwarna putih dan harum, disukai semua orang."

Lagu rakyat Jiangsu yang berjudul "Melur" yang kita dengar tadi bukan sahaja amat popular di China, malah mendapat sambutan baik daripada pendengar asing juga. Banyak kumpulan seni dari negara lain ketika mengadakan persembahan di China, yang turut mempersembahkan lagu ini untuk menunjukkan rasa persahabatan mereka dengan rakyat China. Jadi, lagu ini boleh menjadi wakil lagu rakyat China.

Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu "Melur", lagu rakyat Shanxi pula. Provinsi Shanxi terletak di kawasan tengah China, salah satu tempat sumber lagu dan muzik rakyat China. Ada beberapa jenis lagu yang berjudul "Melur" di tempat ini. Sekarang saya akan menyiarkan salah satu daripadanya. Muzik lagu ini memasukkan cara persembahan opera tempatan ke dalamnya, kedengaran amat bercirikan seni tempatan.

Tadi kita telah mendengar lagu "Melur" yang berupa lagu rakyat Liaoning, Jiangsu dan Shanxi. Ketiga-tiga provinsi tersebut amat jauh jaraknya antara satu sama lain. Jadi, gaya lagu rakyatnya juga amat berbeza. Namun, jika didengar liriknya, ketiga-tiga lagu tersebut ialah lagu cinta. Sebenarnya, lagu rakyat di tempat lain juga selalu menyatakan rasa cinta melalui pujian terhadap bunga melur.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Hebei yang juga berjudul "Melur". Walaupun provinsi Hebei lebih dekat dengan Shanxi dari segi geografi, tetapi gaya muzik di kedua-dua provinsi itu juga amat berbeza.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China