Cari:
Zhuang Zi
2009-12-24 14:55:02 CRI Cetak

Zhuang Zi merupakan seorang ahli pikir selepas Lao Zi.

Nama keluarga beliau ialah Zhou, beliau pernah menjadi pegawai tempatan di negara Song pada abad 4 sebelum Masihi. Katanya Zhuang Zi sangat cerdik dari kecil. Beliau bersifat adil dan tidak bersikap menjilat pantat kepada pegawai tinggi. Raja negara Chu (sebahagian China dulu) pernah meminta beliau bertugas sebagai perdana menteri dengan gaji yang tinggi, tetapi Zhuang Zi menolaknya .Selepas beliau balik ke kampung, bermula menulis buku dan mengajar pelajar.

" Zhuang Zi" yang terdapat sekarang masih ada 33 buah. Buku yang tertinggal sekarang terdiri daripada 3 jenis, rencana beliau menulis sendiri, rencana yang ditulis oleh pelajarnya serta penganutnya. " Teori Jiwu", "Xiao Yao", "Guru Besar" ialah buku yang berciri falsafal Zhuang Zi.

Falsafal Zhuang Zi meneruskan falsafal Lao Zi dan menambah teori sendiri. Beliau berpendapat, "Dao" ialah faktor sebenar dan asal usul segala hal. Beliau bercadang satu cara hidup yang mudah. Beliau menentang sistem undang-undang yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan manteras kuasa dalam lapisan masyarakat. Beliau mengemukakan teori sendiri yang cemerlang hingga sekarang. Dalam teori beliau tentang cara hidup, kehidupan yang mudah dan kebebesan roh adalah dua perkara yang paling penting. Reputasi dan barang-barangan tidak harus dikejari oleh manusia. Teori beliau berpengaruh bersar kepada generasi lain dan bernillai tinggi dalam sejarah.

" Zhuang Zi" berpengaruh besar pada abad 3 –5 Masihi dan dianggap " tiga teori paling ungul" bersama dengan "Zhou YI", "Lao Zi". Di samping itu, "Zhuang Zi" juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kesusasteraan China dan sangat popular pada Dinasti Tang (618-907).

Pengaruh "Zhuang Zi" kepada generasi seterusnya bukan sahaja di falsafal tetapi juga dalam kesusasteraan. Beliau menyambung pendapatnya dalam cerita, mengajar orang lain melalui bahasa yang indah, cerita yang menarik. Demikian itu, buku beliau juga bernilai tinggi dalam kesenian.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China