Cari:
Lagu Nyanyian Li Shuangjiang
2009-12-23 15:13:25 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan menyiarkan beberapa buah lagu rakyat yang dinyanyikan oleh biduan terkenal di China, Li Shuangjiang.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Gadis dari Bandar Daban". Lagu rakyat Uygur ini menceritakan tentang Bandar Daban yang makmur dan gadis tempatannya yang cantik. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "sejak zaman dahulu kala, hinggalah kemasa ini, bandar Daban adalah sebuah tempat yang subur. Pemandangannya indah dan kawasannya kaya dengan pelbagai sumber. Gadis di bandar Daban cantik dan pemudanya juga kacak. Penduduk di sini rajin, ikhlas dan baik hati."

Li Shuangjiang ialah biduan yang terkenal di China. Beliau dilahirkan di bandar Haerbin, kawasan utara China pada tahun 1939. Sejak kecil lagi, minatnya terhadap muzik telah tersemat dalam hatinya. Selepas tamat sekolah menengah tinggi, beliau telah diterima masuk ke Konservatori Pusat dengan keputusan peperiksaan amat baik, pada masa yang sama, beliau memperoleh biasiswa katagori pertama peringkat negara untuk belajar di institusi itu. Pada tahun 1963, Li Shuangjiang dilantik untuk bertugas dalam kumpulan kesenian Daerah Ketenteraan, iaitu selepas tamat dari universiti.

Xinjiang terletak di bahagian barat laut China dan merupakan "kampung tarian dan nyanyian terkenal di China." Selama 10 tahun ketika tinggal di Xinjiang, Li Shuangjiang selalu mengikut kegiatan tempatan untuk mempelajari seni dan budaya pelbagai etnik di sana. Lagu-lagu Xinjiang yang dipelajarinya banyak membantu beliau untuk membentuk gaya nyanyiannya.

Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu rakyat Xinjiang yang berjudul "Sekuntum Mawar yang Cantik". Lagu ini lagu cinta etnik Khazak. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "jejaka etnik Khazak yang berani, Yiwandutar, silalah datang ke rumahku malam ini. Baiklah kudamu makanan dengan cukup, kemudian bawalah Dongbula (alat muzik) datang bertermuku denganku. Apabila bulan menjelma, marilah kita duduk di bawah pokok dan menyanyi bersama-sama dengan iringan Dongbula."

Sepanjang lebih 40 tahun yang lalu, Li Shuangjiang bukan sahaja berusaha meningkatkan untuk nyanyian dan persembahannya, malah juga mempelajari cara menyanyikan lagu barat. Suaranya garau dan merdu, dan gaya persembahannya amat istimewa antara seniman-seniman muzik di China.

Seterusnya marilah kita nikmati lagu rakyat Qinghai yang berjudul "Di tempat yang jauh". Lagu ini disadur oleh pemuzik terkenal di China, Wang Luobin dan amat popular di China. Lagu ini menjadi salah sebuah hasil karya muzik rakyat yang terbaik di China. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Di sebuah tempat yang begitu jauh, tinggal seorang gadis yang cantik. Siapa sahaja yang lalu di pinggir rumahnya, tentu akan menoleh untuk melihatnya. Pipinya merah dan matanya cantik umpama bulan yang bersinar. Aku rela menjadi gembala kambing bersama-samanya agar dapat menatap wajahnya setiap hari, walaupun berbuat demikian aku terpaksa meninggalkan segala yang kumiliki."

Sejak tahun 1980-an, Li Shuangjiang bukan sahaja meneruskan persembahannya, malah berusaha membuat penyelidikan dan mengajarkan teori seni muzik, juga menghasilkan beberapa banyak buku tentang teori seni muzik. Ramai pelajarnya sekarang telah menjadi penyanyi yang terkenal di China.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat Chongqing yang berjudul "Pengandar Huangyang". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Pengandar Huangyang yang liuk lentur, memikul beras ke bandar Liuzhou. Khabarnya gadis Liuzhou amat pandai, semuanya pandai berhias".

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Malam di Padang Rumput" yang juga dinyanyikan oleh Li Shuangjiang. Lagu ini amat digemari oleh pendengar China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China