Cari:
Penggubah Lagu Xia Baosen
2009-12-31 12:35:28 CRI Cetak
Dalam rancangan hari ini, saya akan menghidangkan beberapa buah lagu daripada album yang berjudul "Lagu Hua Xia" yang digubah oleh penggubah lagu daripada kalangan pekerja, Encik Xia Baosen.

Sebagai hidangan pertama pada hari ini, marilah kita nikmati lagu "Terbanglah, Tanah Air" yang digubah oleh Xiao Baosen dengan liriknya disusun oleh Gu Daoming. Lagu yang berirama merdu ini menyampaikan rasa cinta rakyat terhadap tanah air mereka. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Terbanglah, tanah air kita yang jaya. Kembangkan sayap emas, menyanyi dengan suara yang lantang sambil terbang di angkasa yang penuh dengan harapan untuk menyambut musim bunga di zaman baru." .

Encik Xia Baosen yang dilahirkan pada tahun 1932 ialah jurutekni Syarikat Percetakan Wang Kertas dan Pengeluaran Syiling China. Beliau merupakan salah seorang daripada penggubah daripada kumpulan pekerja rendah generasi pertama bagi Republik Rakyat China. Selepas Republik Rakyat China ditubuhkan, Xia Baosen telah menganggotai kumpulan paduan suara kilangnya lalu dipilih untuk mengikuti kursus berkait dengan bidang nyanyian di Dewan Kebudayaan Rakyat Beijing. Pada tahun 1952, iaitu ketika berumur 20 tahun, Xia Baosen mula menggubah lagu. Hingga ke hari ini, lebih 300 buah lagu telah dihasilkan oleh beliau. Karyanya dengan irama yang merdu dan lancar, ada yang rancak, ada juga yang perlahan, manakala lagu yang diciptanya senang dinyanyikan.

Sekarang, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Keinginan dalam Harapan". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Keprihatinanmu menghangatkan jiwa, kasih sayangmu merangkulku dengan mesra. Aku hidup dalam kasih sayangmu. Air mataku mengalir kerana gembira umpama lagu tanpa liriknya. Tanganmu memberikan sokongan yang kuat kepadaku hingga harapanku menjadi nyata."

Lagu yang saudara dengar tadi terdapat dalam album karya Xiao Baosen yang berjudul "Lagu Hua Xia". Album ini mengandungi 30 karya terbaik Xia Baosen, dengan tema yang istimewa dan jelas, kandungan yang melibatkan pelbagai aspek kehidupan dengan berbagai-bagai gaya dan irama yang kesemuanya merdu. Semua lagu dalam album ini dinyanyikan oleh biduanita Zhang Huamin. Beliau ialah penyanyi solo Kumpulan Penyanyi dan Penari Pasukan Meriam Kedua Tentera Pembebasan Rakyat China. Suara Zhang Huamin besar lagi merdu dan amat bercirikan China. Lagu-lagu yang dipersembahkan oleh beliau agak mengharukan.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Memasuki Kawasan Gunung Awa". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Memasuki kawasan gunung Awa, bukitnya hijau, airnya jernih dan awan berarak di angkasa. Melalui kampung satu demi satu, bunyi gong yang dipukul menceritakan perasaan rindu penduduk Awa. Gunung Awa ialah keluarga yang bahagia."

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Senyum" yang digubah oleh Xia Baosen dan dipersembahkan oleh biduanita Zhang Huamin. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "ketika kita bertemu, engkau senyum padaku. Senyuman itu takkan aku lupakan."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China