Cari:
Lagu-lagu Etnik Mongol (1)
2010-01-06 09:48:40 CRI Cetak

Etnik Mongol digelar "etnik di atas kuda", dan kebanyakan mereka tinggal di kawasan padang rumput di utara China. Masyarakat etnik ini melihat kuda sebagai "sumber semangat" dalam kehidupan mereka seharian dan ia kuda simbol etnik ini. Maka terdapat banyak sekali cerita yang mengharukan tentang orang Mongol dan kuda yang dimilikinya di kawasan padang rumput ini. Lagu-lagu yang akan saya siarkan dalam rancangan hari ini bertemakan kuda. Melalui pujian terhadap kuda, mereka menyampaikan rasa cinta terhadap alam semula jadi, kampung halaman, sahabat handai dan saudara mara mereka.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Kuda yang Bersurai Panjang". Lagu ini menceritakan tentang orang etnik Mongol yang ramah dan mesra dengan tetamu, dan menggambarkan rasa hormat mereka terhadap tetamu dan kawan-kawan yang datang dari tempat yang jauh, juga menyatakan penghargaan terhadap kebahagiaan dan tuah yang dibawa oleh tetamu yang menunggang kuda. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "kuda yang mempunyai surai yang panjang, berlari tangkas diiringi awan yang bertuah. Tetamu yang datang dari pelbagai tempat dan kawan-kawan yang setia, marilah kita bersama-sama minum dengan gembira."

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu "Kuda Berbulu Merah Kurma" yang dinyanyikan oleh biduanita etnik Mongol yang terkenal, Alatan Qiqige. Lagu ini menceritakan tentang seorang jejaka yang menyampaikan rasa cintanya kepada kekasihnya melalui puji-pujian terhadap kuda. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Kuda berbulu merah kurma, kudaku yang lari tangkis. Kukunya yang melangkah cepat menghancurkan titik-titik embun dan merentasi rumpun bunga. Kedengaran suaramu menyanyi sayup-sayup, janjimu menghangatkan cintaku. Matamu yang jernih dan senyumanmu yang manis memikat hatiku."

Bagi orang etnik Mongol, kuda ialah alat pengeluaran dan juga teman dalam kehidupan seharian. Peranannya setaraf dengan anggota keluarga. Kuda yang dimiliki oleh penggembala pun memahami hati pemiliknya. Seterusnya saya akan menyiarkan lagu "Kuda Putih Merah Muda" yang dinyanyikan oleh penyanyi etnik Mongol Wuyun Qimuge dan Wuyun Gawa. Lagu ini menceritakan tentang keharmonian antara manusia, kuda dan alam sekitar. Malam hari adalah tibalah masa berkumpulnya kawan-kawan dan saudara mara dengan gembira di sana. Kuda dan pemiliknya juga bersama-sama menikmati saat yang menggembirakan itu. Lirik lagu ini, antara lain berbunyi "kuda meringkik-ringkik, kedengaran suaranya jelas dan merdu. Kawan-kawan berkumpul, berbual-bual dan menyanyi bersama-sama. Kuda meringkik-ringkik, kedengaran suaranya amat lembut dan merdu. Perbualan yang ikhlas takkan berhenti hinggalah disambar ke Bimasakti."

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu "Kuda yang Surainya Merah" yang dinyanyikan oleh Gu Shurong dan Siqinbater. Lagu ini berirama rancak dan menceritakan kehidupan orang etnik Mongol.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu etnik Mongol yang berjudul " Berkumpul dengan Gembira".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China