Cari:
Lagu-lagu Etnik Mongol (2)
2010-01-13 16:08:40 CRI Cetak

Dalam ruangan kali ini, saya akan meneruskan pengenalan kita tentang lagu-lagu etnik Mongol.

Sebagai hidangan pertama, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Yunliang". Yunliang ialah nama seorang gadis etnik Mongol. Lagu ini berirama merdu dan menceritakan tentang rasa rindu Yunliang terhadap kampung halaman dan saudara maranya selepas berpindah ke tempat lain kerana mengikut suaminya.

Etnik Mongol ialah etnik yang hidupnya bergantung pada penggembalaan. Kebanyakan orang etnik ini tinggal di padang rumput di bahagian utara China. Oleh sebab penggembala etnik Mongol tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap selama-lamanya, maka mereka amat menghargai padang rumput semula jadi dan melihatnya sebagai kebanggaan mereka.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu "Padang Rumput Urigen" yang dinyanyikan oleh Wuyun Gaowa. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Padang rumput Urigen, kampung halamanku yang indah. Inilah tempat akan dilahirkan. Tanahnya, padang rumputnya luas terbentang, kudanya berlari tangkas, kambingnya tidak terkira banyaknya. Bunga-bunga berkembang di tanah yang bertuah ini; lagu gembira takkan berhenti."

Lagu etnik Mongol yang berjudul "Puncak Gunung" ialah lagu tentang rasa rindu terhadap kampung halaman. Sekarang marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Puncak Gunung" yang dinyanyikan oleh Suyilasaihan dengan menggunakan cara nyanyian etnik Mongol yang istimewa, iaitu "Humai". Humai ialah satu teknik menggunakan suara yang istimewa. Seseorang yang menggunakan teknik ini dapat menyanyi dengan dua suara sekali.

Antara lagu-lagu etnik Mongol ini, banyak yang menyampaikan hasrat mereka untuk hidup mesra dengan alam semula jadi melalui puji-pujian terhadap gunung, sungai, rumput dan pokok.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu etnik Mongol yang berjudul "Gunung Tuguleji". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Memandang dari arah timur, kehihatan awan berarak, kedengaran juga suara nyanyian beribu-ribu ekor burung. Kita juga dapat melihat harimau dan singa. Itulah gunung di kampung halamanku."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China