Cari:
Sanxian
2010-01-18 09:23:01 CRI Cetak

Sanxian ialah sejenis alat muzik petikan klasik yang dicipta pada zaman Dinasti Qin, iaitu dinasti pertama pada zaman feudal China. Mengikut ceritanya, seawal tahun 214 Sebelum Masihi, iaitu selepas Maharaja Qinshihuang menyatukan China, ramai rakyat jelata telah dikerahk untuk membina Tembok Besar. Ketika menghadapi tekanan kerja yang begitu berat itu, mereka cuba memikirkan cara-cara untuk menghiburkan diri. Dengan menggunakan sebuah drum tangan yang kecil dan beberapa utas tali yang halus, mereka menghasilkan sejenis alat muzik petikan yang berbentuk bulat dan dipasang pemegang yang panjang. Muka kotak resonansnya diperbuat oleh mereka daripada kulit haiwan. Alat muzik yang diberi nama "Xiantao" itulah yang menjadi "prototaip" kepada alat muzik Sanxian ini.

Sanxian ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, pemegang dan badan. Alat muzik ini ada banyak jenisnya. Antaranya, yang sering dimainkan ialah Sanxian kecil, Sanxian besar dan Sanxian elektrik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China