Cari:
Lagu Rakyat Nyanyian Jia Tangxia
2010-01-22 14:42:56 CRI Cetak

Dalam ruangan kali ini, saya akan memperkenalkan beberapa buah lagu rakyat Shandong yang dinyanyikan oleh biduanita, Jia Tangxia.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Shandong yang berjudul "Baolengdiao". Ini merupakan karya yang dianggap mewakili lagu rakyat Shandong. Lagu ini berirama rancak dan menceritakan rasa gembira gadis-gadis Shandong ketika tibanya musim menuai.

Provinsi Shandong terletak di kawasan timur China. Lagu rakyat di sini liriknya sangat halus, tetapi iramanya rancak. Biduanita Jia Tangxia dilahirkan di kampung di pinggir bandar Jinan, ibu kota provinsi ini. Sejak kecil, beliau amat berminat kepada opera dan sudah memulakan persembahan di pentas ketika berumur 12 atau 13 tahun. Pada tahun 1986, Jia Tangxia telah menyertai pertandingan lagu rakyat di bandar Jinan dan memenangi tempat pertama. Lalu, beliau terus belajar menyanyi di bawah bimbingan penyanyi terkenal di China, Wang Yinxuan dan Wei Youqin. Dengan ketekunannya belajar, Jia Tangxia semakin meningkat menjadi penyanyi yang disukai ramai daripada hanya seorang gadis kampung. Beliau digelar "burung lark" terbang dari tempat sempit.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Duihua" yang dinyanyikan oleh Jia Tangxia. Lagu ini lagu rakyat tradisional Shandong yang dinyanyikan secara berseloka untuk memberikan pengetahuan. Cara persembahannya amat kelakar dan menggambarkan kecergasan penduduk Shandong. Persembahan Jia Tangxia juga amat bersemangat dan suaranya lantang sekali, beliau pandai mempersembahkan lagu yang bercirikan Shandong. Silalah ikuti lagu "Duihua".

Jia Tangxia sekarang bekerja sebagai guru muzik di Sekolah Berafiliasi dengan Universiti Etnik-etnik Pusat di Beijing. Beliau pernah mendapat temapt ketiga dalam Pertandingan Penyanyi Muda Kebangsaan ke-3 yang dianjurkan oleh Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) dan anugerah pertama dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Rakyat China.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu "Berbuai" yang dinyanyikan Jia Tangxia. Lagu ini menceritakan tentang betapa gembiranya teruna dan dara berbuai di buaian bersama-sama.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Menyanyikan Yangge". Lagu ini iramanya merdu. Ia menyampaikan pujian dan rasa bangga rakyat terhadap kehidupan mereka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China