Cari:
Ji Dan
2010-01-15 11:23:47 CRI Cetak

Ji Dan ialah anak Raja Wen dan adik kepada Raja Wu dari Dinasti Zhou (tahun 1046-256 sebelum Masehi). Disebabkan tanah yang dianugerahkan oleh raja kepada beliau terletak di kawasan yang bernama Zhou, maka Ji Dan juga digelar "Datuk Zhou". Datuk Zhou pernah memberikan sumbangan yang besar kepada penubuhan Dinasti Zhou. Ketika Raja Wu mangkat, puteranya, Raja Chen, masih kecil lagi. Jadi, Datuk Zhou, sebagai bapa saudaranya, diberi tugas membantu baginda untuk menguruskan pentadbiran negeri.

Keadaan ini mengakibatkan sebahagian pegawai kanan berasa tidak puas hati, lalu memberontak. Namun, kesetiaan Datuk Zhou terhadap Dinasti Zhou tetap mendapat sokongan daripada Raja Chen dan pegawai-pegawai yang lain. Akhirnya, Datuk Zhou berjaya menumpaskan pemberontakan tersebut.

Selepas itu, untuk mengukuhkan pentadbiran di kawasan bahagian timur dan mengendalikan bangsawan dari Dinasti Shang (tahun 1600-1046 sebelum Masehi) yang sudah digulingkan itu, Datuk Zhou juga mengesyorkan supaya Raja Chen membina sebuah pusat pentadbiran di timur, iaitu di Luoyi, dan memindahkan semua bangsawan dari Dinasti Shang itu ke Luoyi. Pada masa yang sama, Datuk Zhou juga menyerahkan hak pentadbiran negara kembali kepada Raja Chen, dan beliau sendiri berpindah ke Luoyi untuk membantu Raja Chen mentadbir negeri-negeri di bahagian timur itu.

Datuk Zhou mempunyai bakat politik yang luar biasa. Beliau pernah memerintahkan ahli keluarga diraja pergi ke pelbagai pusat ekonomi dan tempat yang strategik di seluruh negara untuk menjalankan pentadbiran. Ini menjamin kelancaran pentadbiran di bawah pemeritahan Dinasti Zhou dan juga memperkukuh pentadbiran kerjaaan Zhou terhadap seluruh negara.

Setelah Datuk Zhou meninggal dunia, Raja Chen mengadakan upacara pengebumian peringkat raja negara untuk beliau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China