Cari:
Konfusius, Guru bagi Semua Generasi Selepasnya
2010-01-22 15:45:34 CRI Cetak

Konfusius menerima pendidikan yang baik sejak masih kecil. Beliau juga pernah menjadi pegawai peringkat rendah di negeri Lu pada zaman Musim Bunga dan Luruh (tahun 770-221 sebelum Masehi). Namun, ketika berumur kira-kira 30 tahun, beliau telah menjadi sarjana yang tersohor dan mula membuka sekolahnya sendiri untuk mempromosi ajarannya. Sejak kira-kira 500 tahun sebelum Masehi, Konfusius telah melawat ke beberapa banyak negeri untuk mempromosikan teori politiknya. Namun, teorinya itu tidak mendapat perhatian raja-raja di kebanyakan negeri pada masa itu. Jadi, pada 484 sebelum Masehi, beliau kembali ke negeri Lu dan menumpukan usahanya kepada hal-hal kebudayaan dan pendidikan serta merumuskan buku-buku klasik yang telah dihasilkan lebih awal. Konfusius meninggal dunia pada tahun 479 sebelum Masehi.

Dengan kepakarannya dalam bidang falsafah, politik dan pendidikan yang begitu tersohor pada zaman Musim Bunga dan Luruh, aliran ajaran Konficius yang ditubuhkannya berdasarkan "kebajikan" dan "budi bahasa" iru telah membawa pengaruh yang amat besar kepada masyarakat China dalam masa 2000 tahun selepasnya.

Dalam bidang politik, Konfusius menentang pentadbiran yang kejam dan berharap raja dapat menyayangi rakyatnya. Beliau berpendapat bahawa kebajikan dapat memandu tingkah laku rakyat dan meningkatkan moral mereka. Inilah asas untuk mengekalkan kestabilan masyarakat dalam jangka panjang. Raja perlu menjadi teladan moral dari segi kepada rakyatnya.

Dalam bidang pendidikan, Konfusius juga mengutamakan pendidikan moral dan juga menggabungkan teori politiknya ke dalam teori pendidikan. Beliau berpendapat tujuan pendidikan adalah untuk memandu pelajar menjadi orang yang mementingkan kebajikan.

Di samping itu, Konfusius juga merumuskan banyak buku klasik. Setelah beliau meninggalkan dunia, pelajarnya merumuskan perlakuannya, manakala catatan tentang kata-katanya menjadi buku klasik ajaran Konfusius, iaitu "Lun Yu", yang membawa maksud catatan kata-katan Konfusius.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China