Cari:
Persembahan yang Berjudul "Gaya Etnik Qiang"
2010-01-26 17:32:28 CRI Cetak
Dalam rancangan hari ini, saya akan menyiarkan rakaman persembahan yang berjudul "Gaya Etnik Qiang" yang diadakan dalam Pesta Kesenian Antarabangsa Shanghai ke-11 baru-baru ini.

Etnik Qiang ialah antara etnik yang paling kuno dalam sejarah China. Catatan dalam buku mengenainya bermula pada lebih 5,000 tahun yang lalu. Mesyuarat tnik ini ada bahasa mereka sendiri tetapi tidak ada huruf atau tulisan. Warisan budaya mereka bergantung pada bahasa lisan. Adat resam yang istimewa, muzik dan tarian merupakan batu permata dalam budaya etnik Qiang.

Menurut adat orang etnik Qiang, setiap gadis dan teruna etnik ini akan menyimpan satu tanduk kambing. Jika tanduk yang disimpan oleh mereka daripada kambing yang sama, ini menandakan kedua-dua mereka adalah jodoh yang bahagia sesuai diatur oleh dewa-dewi.

Sekarang saya akan menyiarkan muzik yang berjudul "Mencari Jodoh Melalui Tanduk Kambing" dalam bahagian pertama persembahan ini. Lagu ini menceritakan kisah sepasang kekasih yang berkahwin kerana tanduk kambing yang dimiliki mereka kebetulan daripada kambing yang sama. Menurut liriknya, mereka mendapat anak lelaki yang diberi nama Qiang dan ia membesar dengan baik di bawah jagaan anggota keluarga dan saudara mara.

Kebanyakan orang etnik Qiang tinggal di Daerah Autonomi Etnik Qiang dan Tibet Aba, barat daya provinsi Sichuan. Ketika gempa bumi yang dahsyat melanda Wenchuan pada tahun 2008, tapak utama kebudayaan etnik Qiang ini telah mengalami kerosakan yang amat teruk. Jika dalam usaha membangunkan semula kawasan ini selepas bencana, seluruh negara, malah dunia luar turut memberikan perhatian kepada usaha menyelamatkan dan memelihara budaya etnik ini. Persembahan "Gaya Etnik Qiang" ini digubah dan dijayakan oleh beberapa ramai pemuzik dan sukarelawan yang terlibat dengan program perlindungan budaya etnik Qiang pascagempa bumi Wenchuan.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu yang dipersembahkan dalam bahagian kedua yang berjudul "Sokongan dalam Berperangan". Persembahan dalam bahagian ini menceritakan kisah lelaki yang mengambil senjata untuk bertempur dengan musuh, dan kaum wanita yang ikut serta untuk memberikan sokongan.

Perang sudah berakhir, kampung etnik Qiang kembali pulih. Persembahan tersebut memasuki bahagian ketiga. Anak lelaki tadi semakin membesar, Shibi, seorang pendeta, mengajarkan budaya etnik Qiang kepadanya hinggalah anak lelaki itu membesar lalu menjadi ketua etnik Qiang. Sekarang, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Pengajaran Shibi", lagu etnik Qiang yang bersejarah begitu lama.

Walaupun anggota masyarakat etnik Qiang ini berjumlah antara 200-300 ribu orang sahaja, namun, mereka mempunyai ciri budaya mereka sendiri bagi perayaan sastera lisan, muzik dan tarian, pakaian dan makanan serta gaya bangunan. Pada bulan Oktober yang lalu, Tahun Baru Qiang disenaraikan dalam senarai warisan kebudayaan bukan benda yang memerlukan perlindungan yang mendesak oleh pihak UNESCO. Pada hakikatnya, kerajaan China telah memasukkan enam jenis tradisi dan seni etnik Qiang dalam senarai warisan kebudayaan bukan benda peringkat kebangsaan di China.

Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu rakyat etnik Qiang yang berjudul "Bulan Keluar". Lagu ini dinyanyikan oleh dua orang penyanyi yang tidak pernah mengikuti latihan vocal profesional. Mereka menyanyikan lagu ini dengan menggunakan dua suara, tetapi amat harmoni.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Berhijrah" yang dipersembahkan dalam bahagian keempat persembahan ini. Lagu ini menceritakan kisah orang etnik Qiang yang terpaksa berhijrah untuk membina tempat tinggal yang baru.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China