Cari:
Lagu Etnik Mongol Gubahan dan Nyanyian Zhu Zhizhong(1)
2010-02-03 11:23:07 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan memperkenalkan beberapa buah lagu etnik Mongol yang dihasilkan dan dinyanyikan oleh pemuzik etnik Mongol, Zhu Zhizhong.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Kampung Halaman, Padang Rumput dalam Mimpiku" yang digubah dan dinyanyikan oleh Zhu Zhizhong. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Tahun-tahun berlalu, aku pulang ke padang rumput yang selalu muncul dalam mimpiku. Bulan yang mengambang di langit waktu malam di padang rumput, itulah wajah ibu yang kurindui. Terkenang kembali masa aku hidup di padang rumput. Aku pulang ke padang rumput yang selalu muncul dalam mimpiku. Bulan yang mengambang di langit waktu malam di padang rumput, itulah sorotan mata bapa yang melihatku."

Zhu Zhizhong merupakan pemuzik yang berkecimpung dalam bidang muzik etnik-etnik China. Beliau tamat daripada Jurusan Muzik Universiti Etnik-etnik Pusat China pada tahun 1980-an, lalu bekerja di Radio Kebangsaan China. Beliau sering mengumpulkan lagu dan seni muzik rakyat dari pelbagai tempat di negara ini. Beliau kemudian menjadi ketua editor ruangan "Lagu Rakyat China" di Stesen Televisyen Pusat China. Tugasnya yang utama ialah mengumpul, menyusun dan menyebarkan beberapa banyak lagu rakyat China. Kini, beliau juga menjadi Pengarah Suruhanjaya Profesioanl Seni Muzik Masyarakat, Persatuan Seniman Rakyat China. Misinya yang utama ialah mengumpul dan memperkenalkan seni muzik kalangan rakyat. Selain itu, Zhu Zhizhong juga cuba menghasilkan karya muzik etnik. Setakat ini, lagu yang digubah oleh beliau telah mencapai hampir seratus buah.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Horqin, Kampung Halamanku". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Kampung halamanku, Horqin. Awan yang putih berarak di langit. Warna hijau menghiasi bumi. Kampung halamanku, Horqin. Sungai Xilamulun mengalir dengan gembira." Lagu ini berirama rancak, seolah-olah membawa para pendengar ke padang rumput yang seluas-luasnya saujana mata memandang.

Lagu "Horqin, Kampung Halamanku" terdapat dalam album Zhu Zhizhong yang berjudul "Aku Menyanyi untuk Padang Rumput". Album ini berisi sebanyak 13 buah lagu etnik Mongol yang dihasilkan dan dinyanyikan oleh Zhu Zhizhong. Lagu-lagunya berirama biasa, tetapi menyampaikan perasaan yang ikhlas. Itulah sebabnya lagu-lagu Zhu Zhizhong mendapat sambutan baik daripada para pendengar terutamanya pendengar etnik Mongol. Zhu Zhizhong menyatakan bahawa tugasnya dalam bidang seni etnik selama ini, telah memberikannya peluang untuk mengumpul banyak bahan untuk menghasilkan lagu-lagu dalam album tersebut. Walaupun tenik penyampaiannya tidak seberbanding dengan penyanyi-penyanyi profesional, tetapi beliau berjaya mencurahkan perasaannya yang amat ikhlas ke dalam lagunya.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu "Kereta Roda Kayu" yang dinyanyikan Zhu Zhizhong. Kereta roda kayu adalah alat pengangkutan kuno bagi orang etnik Mongol. Orang etnik ini menggunakan kereta roda kayu untuk mengangkut barang-barang mereka, ketika berpindah dari satu tempat ke tempat lain di padang rumput. Dalam lagu ini, Zhu Zhizhong menyampaikan perasaan rindunya yang amat mendalam terhadap kampung halamannya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China