Cari:
Quan Yuan, Sasterawan dan Patriot yang Segemilang Matahari (5)
2010-02-24 14:16:01 CRI Cetak
Golongan bangsawan di negeri Chu yang menganggap Qu Yuan sebagai duri dalam daging itu, memutuskan untuk menyingkiskannya keluar dari kerajaan. Jin Shang yang memegang jawatan Shangguandafu, jawatan tinggi dalam kerajaan ketika itu, Perdana Menteri Zi Jiao dan Permaisuri, Zheng Xiu merupakan anggota utama dalam golongan bangsawan yang merancangkan fitnah terhadap Qu Yuan. Mereka mencari-cari peluang yang baik untuk menjayakan konsipirasi tersebut.

Pada masa itu, Qu Yuan sedang menyiapkan penggubalan "Xian Ling", iaitu undang-undang yang baru yang dijadualkan akan dilaksanakan di negeri Chu. Beliau menjalankan misi tersebut secara rahsia di rumahnya dengan menolak semua kunjungan tamu, seperti yang dititahkan oleh baginda. Misi rahsia itu hanya diketahui oleh dua orang sahaja, iaitu baginda dan Qu Yuan sendiri. Tetapi, tidak lama selepas itu, Permaisuri Zheng Xiu yang amat dimanjakan oleh baginda itu pun mendapat tahu rahsia itu. Beliau segera memberitahu hal tersebut kepada dua orang rakan yang bersekongkol dengannya, Jin Shang dan Zi Jiao.

Penggubalan undang-undang negeri yang baru ini menutup "pintu rezeki" kepada pegawai-pegawai kanan seperti Shangguandafu dan Perdana Menteri. Hal ini merupakan khabar buruk bagi Jin Shang dan Zi Jiao. Mereka terkejut dan merasakan undang-undang yang baru itu besar kemungkinannya akan menjejaskan kepentingan mereka. Kemudian, Jin Shang menghubungi Qu Yuan untuk mendapatkansedikit sebanyak maklumat tentang undang-undang yang baru itu, tetapi permintaannya ditolak oleh Qu Yuan.

Dengan demikian, golongan bangsawan itu memutuskan untuk mengambil langkah yang disifatkan seperti "menyedia payung sebelum hujan. Mereka merancang untuk memusnahkan dan menghilangkan kepercayaan baginda terhadap Qu Yuan dengan alasan yang bukan-bukan. Mula-mula, Zi Jiao dan Jin Shang menyebar-nyebarkan khabar angin tentang Qu Yuan yang menggubal undang-undang baru dan melaporkannya kepada baginda. Tujuannya adalah untuk menjadikan baginda berprasangka bahawa Qu Yuanlah orang yang membocorkan rahsia itu. Seterusnya, mereka mengemukakan pelbagai tuduhan yang tidak berasas terhadap Qu Yuan dan menfitnahkannya sebagai orang yang sombong dan tidak menghormati baginda, kononnya kerana beliau sudah banyak berjasa, hingga sering memandang rendah terhadap baginda.

Raja Huai sebenarnya dikatakan hanya seorang raja yang berhati kecil dan tidak bercita-cita besar. Sebelum itu pun, baginda pernah bimbang akan Qu Yuan yang memang telah memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negeri Chu. Jadi, apabila diberitahu tentang Qu Yuan yang berani memandang rendah terhadap baginda, baginda terus murka dan berteriak, "Jahat sungguhQu Yuan ini!" Kemarahan baginda belum reda lagi ketika baginda mengakhiri kerja rutin dan pulang ke ruang penginapan.

Ketika itu, Permaisuri Zheng Xiu pun menghampiri baginda dan turut mengapi-apikan baginda dengan niat jahatnya yang tersembunyi di sebalik tirai. Beliau sengaja bercakap banyak hal-hal yang tidak baik tentang Qu Yuan. Baginda terus mempercayai hampir semua khabar angin yang diceritakan oleh beberapa orang anggota utama golongan bangsawan itu, dan memecat Qu Yuan dari jawatan Zuotu ke Sanludafu, malah baginda menitahkan supaya Qu Yuan tidak dibenarkan lagi memasuki istana untuk menyertai perbincangan tentang urusan pentadbiran negeri tanpa dipanggil oleh baginda.

Sanludafu hanyalah satu jawatan rendah yang dipertanggungjawabkan untuk menangani hal ehwal kalangan bangsawan, dan tidak diberi hak untuk menyuarakan pendapat dalam perbincangan tentang urusan pentadbiran negara.

Betapa sedihnya Qu Yuan ketika menerima tamparan itu. Beliau yang sedang bersiap untuk memulakan rancangannya untuk mencapai cita-citanya yang tinggi itu, merasa amat kecewa selepas menerima perintah tersebut.

-----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China