Cari:
Lagu Etnik Mongol Gubahan dan Nyanyian Zhu Zhizhong(2)
2010-02-24 14:27:39 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan meneruskan pengkenalan tentang lagu etnik Mongol yang dihasilkan dan dinyanyikan oleh pemuzik etnik Mongol, Zhu Zhizhong.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Ayahku" yang digubah dan dinyanyikan oleh Zhu Zhizhong. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Tanganmu yang selalu memegang tali kekang pernah mengangkatku ke atas bekalang kuda. Pandanganmu dan senyummu memberikan sokongan untuk ku mengejar cita-cita. Ayahku, kata-katamu semacam anak sungai yang sentiasa mengalir dalam hatiku."

Dalam rancangan minggu lalu, saya telah menceritakan bahawa Zhu Zhizhong adalah seorang pemuzik yang bertugas memperkenalkan muzik etnik melalui badan media. Beliau selalu pergi ke merata-rata tempat di dalam negara untuk mengumpul bahan yang berupa lagu dan muzik rakyat serta memperkenalkan lagu rakyat asli melalui program TV kepada orang ramai.

Zhu Zhizhong dilahirkan di padang rumput Horqin, Mongolia Dalam. Lagu yang dinyanyikan oleh ibunya sejak beliau kecil merupakan lagu-lagu rakyat di padang rumput itu. Ayahnya pula berminat pada cerita penglipur lara tradisi Mongolia. Sejak kecil, Zhu Zhizhong sudah amat berminat pada muzik tradisional etnik Mongol. Beliau telah menjadi pewaris alat muzik Sihu di padang rumput Horqin. Kemudian, beliau terus mengikuti kursus dalam bidang persembahan muzik Sihu di Universiti Etnik-etnik Pusat China. Zhu Zhizhong menyatakan bahawa ketika meninggalkan padang rumput lebih 20 tahun yang lalu, beliau merindui kampung halamannya, dan selalu mahu menyanyi untuk padang rumput. Ketika membincangkan album "Aku Menyanyi untuk Padang Rumput", Zhu Zhizhong menyatakan bahawa beliau berharap lagu-lagu tersebut dapat mengenangkanya kembali ke zaman kanak-kanak dan padang rumput dalam ingatannya.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Ergun" yang dinyanyikan Zhu Zhizhong. Ergun merupakan sebatang sungai yang mengalir di bahagian utara Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Zhu Zhizhong pernah berkunjung ke kawasan itu pada tahun 1995. Waktu melihat sungai Ergun yang mengalir dan angsa liar yang terbang jauh, beliau terkenang akan nenek moyang yang tinggal di tempat ini, lalu menghasilkan lagu ini. Beliau juga menamai anak perempuannya yang dilahirkan pada tahun itu Ergun. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Ergun, aku ialah burung helang yang engkau lepaskan. Engkaulah tangkai hatiku. Berapa jauh pun aku pergi, hatiku selalu dekat denganmu. Ergun, aku bangga menjadi keturunanmu. Enkaulah saudaraku yang mempunyai hubungan darah denganku. Berapa lama pun masa berlalu, aku selalu bermimpi pulang ke kampung halamanku."

Lagu-lagunya yang terkumpul dalam album "Aku Menyanyi untuk Padang Rumput", Zhu Zhizhong lebih banyak menggunakan alat muzik tradisional etnik Mongol, termasuk Sihu dan Matouqin sebagai alat muzik iringannya. Dengan berbuat sedemikian, muziknya lebih banyak gaya etnik Mongol.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Padang Rumput yang Bertuah, Aku Tetap Menyanginya". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Gunung di kampung halaman tidak bertepi, lembu dan kambing tak mungkin dapat dikira. Lagu kampung halaman sering terdengar. Gadis di kampung halaman pun selalu kutemui dalam mimpiku. Padang rumput yang bertuah, kampung halamanku, tetap kucintai. Perasaan bahagia meluap dari hatiku, aku mahu menyanyi untukmu."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China