Cari:
Han Fei, Pengasas Ajaran Perundangan
2010-02-28 18:16:26 CRI Cetak

Han Fei (tahun 280-233 sebelum Masehi) dilahirkan dalam keluarga bangsawan Negeri Han pada penghujung Zaman Negeri-negeri Berperang. Beliau pandai menulis, tetapi tidak banyak bercakap kerana gagap. Beliau banyak kali membuat cadangan kepada Raja Han untuk mengayakan negeri dan menguatkan tentera. Namun, cadangannya itu tidak dipedulikan oleh baginda. Beliau merasa sangat kesal dan hanya mampu menuliskan catatan tentang teorinya itu dalam karangan. Akhirnya, 55 buah karangannya yang paling terkenal telah disusun, lalu menjadi buku "Han Mei Zi".

Buku "Han Fei Zi" tersebar di Negeri Qin dan dibaca oleh baginda Ying Zheng yang kemudiannya menjadi Shihuangdi Maharaja Dinasti Qin. Ying Zheng sangat menghargai bakat Han Fei, dan untuk mendapatkan beliau, baginda mengancam untuk menyerang Negeri Han pada tahun 234 sebelum Masehi. Untuk menjamin keselamatan negerinya, Raja Han terpaksa menyerahkan Han Fei ke Negeri Qin.

Kedatangan Han Fei membimbangkan Li Si, Perdana Menteri Negeri Qin pada masa itu. Ini disebabkan Li Si menyedari bakat Han Fei jauh lebih tinggi daripada keupayaannya sendiri dan ia takut kedudukannya tergugat dan digantikan oleh Han Fei. Li Si menfitnah Han Fei, sebagai bangsawan Negeri Han, ia tidak setia kepada Negeri Qin, dan menghasut Raja Ying Zheng supaya memenjarakan beliau. Ketika baginda merasa sesal terhadap keputusan yang dibuat atas hasutan Li Si itu dan ingin membebaskan Han Fei, didapati baginda Han Fei telah membunuh diri dalam penjara kerana dipaksa oleh Li Si.

Teori Han Fei mewarisi ajaran beberapa orangi ahli ajara-ajaran perundangan, seperti Xun Zi, Shang Yang, Shen Buhai dan Shen Dao dan telah menyempurnakan ajaran perundangan. Beliau mencadangkan supaya raja melaksanakan pentadbiran berdasarkan undang-undang. Sementara itu, raja juga perlu memegang kuasa dalam bidang politik dan pantai menggunakan pegawainya supaya menjamin perintah dilaksanakan dengan lancar. Teorinya menyediakan asas yang kukuh kepada Ying Zheng untuk menyatukan pelbagai negeri dan menubuhkan Dinasti Qin yang kuat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China