Cari:
Penyanyi Muda Zhang Qiping dan Album Lagunya "Gadis Kristal"
2010-03-08 12:55:03 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan memperkenalkan penyanyi muda Zhang Qiping dan album lagunya "Gadis Kristal".

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu yang berjudul "Pemandangan Jiangnan dalam Hujan". Lagu sentimental yang dinyanyikan oleh Zhang Qiping ini menceritakan pemandangan yang indah di kawasan sebelah selatan Sungai Yangzhe, yang dikenali sebagai Jiangnan. Ketika hujan turun di sini, iaitu pada bulan Mac, gadis-gadis yang berpayung akan berjalan-jalan dalam hujan yang turun tidak berapa lebat itu. Pemandangan ini cukup indah, seperti muncul dalam dongeng atau khayalan sahaja.

Zhang Qiping tamat dari Universiti Kesenian Bandar Nanjing dan sekarang bertugas sebagai penyanyi Opera Provinsi Jiangsu. Penyanyi muda yang dilahirkan di kawasan Jiangnan ini mempunyai pembawaan yang mesra dan suaranya merdu. Sekarang, saya akan menyiarkan lagu "Gadis Kristal" yang juga menjadi tajuk albumnya.

Ketika Zhang Qiping menerbitkan album tersebut, tahun itu kebetulan merupakan tahun ke-10 beliau melibatkan diri dalam bidang seni nyanyian. Album tersebut berisi 13 buah lagu mengenai provinsi Jiangsu. Zhang Qiping menyatakan bahawa beliau menyanyikan lagu tentang Jiangsu dengan penuh perasaan dan suara yang paling baik kerana Jiangsu adalah kampung halaman tempat beliau dibesarkan.

Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Melawat Jiangsu, Mencintai Jiangsu" yang dinyanyikan oleh Zhang Qiping. Lagu ini menceritakan tentang beberapa banyak bandar dan tempat yang menarik di provinsi Jiangsu, pendengar dapat mengetahui destinasi pelancongan yang terkenal di Jiangsu melalui lagu ini di samping menikmati kemerduan suara Zhang Qiping.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu "Indahnya Tasik Taihu". Tasik Taihu terletak di bahagian selatan Jiangsu dan merupakan tasik air tawar yang ketiga terbesar di China. Lagu ini menceritakan tentang pemandangan Tasik Taihu yang indah dan hasil tempatan yang melimpah ruah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China