Cari:
Persembahan Nyanyian Chen Sisi
2010-03-09 10:54:50 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan menyiarkan rakaman persembahan nyanyian Chen Sisi.

Sebagai hidangan pertama, saya akan menyiarkan lagu "Kuhadiahmu Sekuntum Melur China" yang dinyanyikan Chen Sisi dalam persembahan itu. Lagu ini telah memilih bunga melur sebagai perbandingan untuk memuji keindahan China, negara yang selalu disebut sebagai "bumi di sebelah timur", serta menggambarkan semangat rakyat China terhadap kasih sayang, persahabatan, kedamaian, kehormatan dan keromantikan. Lirik lagunya antara lain berbunyi "Gaya timur tidak dapat dibandingkan, keharuman bunga melur terus meresap ke sanubari. Bunga yang begitu cantik melambangkan lagenda bangsa yang bersejarah lama ini. Kuhadiahmu sekuntum melur timur untuk mendoakan kesejahteraan."

Chen Sisi ialah seorang biduanita dari Kumpulan Kesenian Pasukan Meriam Kedua Tentera Pembebasan Rakyat China. Sejak beberapa lama, Chen Sisi telah mempersembahkan lagu rakyat dalam pelbagai jenis persembahan yang berskop besar, serta membuat persembahan di Eropah, Amerika dan Asia Tenggara. Nyanyiannya bergaya sendiri mendapat sambutan yang baik daripada kumpulan profesional dan juga para pendengar.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu "Rakyat China yang Disayangi" oleh Chen Sisi, yang dinyanyikannya dalam persembahannya tersebut. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Rakyat China yang disayangi, hatiku mencintai China. Rasa sayang yang mendalam terhadap China. China, tanah tumpah darahku. China, kau umpama matahari dalam hatiku. China, kau umpama bulan dalam mimpiku. Adik-beradikku tinggal di sana, semangat jiwaku dari sana. Tak kira berapa jauh aku pergi, rakyat China amat kusayangi."

Walaupun Chen Sisi penyanyi bertaraf tinggi, namun, beliau sentiasa memberikan perhatian kepada aktiviti amal dan kebajikan. Beliau pernah menjadi "utusan pengasih" Persatuan Palang Merah Beijing, "utusan pengasih" Jabatan Kebajikan Masyarakat Beijing dan "utusan urusan kebajikan China". Selama ini, beliau telah menyertai aktiviti-aktiviti amal dan kebajikan dengan aktif, memberikan sumbangan wang kepada kawasan miskin dan kawasan yang dilanda bencana, serta menyumbang wang untuk membina empat buah "sekolah rendah berharapan". Usaha beliau telah membawa impak yang besar di kalangan masyarakat dan mendapat sanjungan yang tinggi daripada pelbagai golongan masyarakat. Dengan persembahan tersebut, Chen Sisi telah dianugerahi gelaran " utusan pengasih yang perihatin kepada pembangunan orang kurang upaya di China".

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Engkau mengharukanku" yang dinyanyikan Chen Sisi. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Engkau mengharukanku, engkau mengharukanku. Perhatianmu aku faham walaupun tidak dikatakan. Aku berharap semoga engkau senyum setiap detik, sentiasa gembira dan bersemangat dalam kehidupanmu seharian."

Dalam hidupnya, Chen Sisi pernah mendapat perhatian dan bantuan daripada pelbagai pihak, terutamanya ketika beliau menjalankan tugasnya. Sebagai program terakhir dalam persembahannya, Chen Sisi mencurahkan penghargaannya kepada mereka melalui lagu "Terima kasih, saudara maraku". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Terima kasih, ayah, kelihatan kedut di keliling mukamu; terima kasih, ibu, rambutmu sudah menjadi putih; terima kasih, abang, kakak dan adik, bantuanmu yang tidak meminta balasan; terima kasih, kekasihku, kerana setia menemaniku; terima kasih, teman sekelas, kerana ingatan yang selalu kepadaku; terima kasih, kawan-kawan, kerana harapan yang baik kepadaku; terima kasih, kawan sepejabat, kerana mengatasi kesukaran bersama-sama; terima kasih, saudara mara, engkau merupakan tangan yang menyokongku pada setiap saat aku memerlukannya."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China