Cari:
Nyanyian Paduan Suara Remaja Mongol
2010-03-17 11:06:01 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan memperkenalkan lagu-lagu rakyat yang dipersembahkan oleh Kumpulan Paduan Suara Remaja Mongol.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu paduan suara tanpa iringan muzik, "Angin" yang dipersembahkan oleh Kumpulan Paduan Suara Remaja Mongol. Lagu yang merdu dengan liriknya yang ringkas ini menggambarkan semangat masyarakat Mongol yang berkobar-kobar dan impian mereka yang cemerlang terhadap masa depan.

Kumpulan Paduan Suara Remaja Mongol yang ditubuhkan pada tahun 1987 ini ialah sebuah kumpulan seni yang bercirikan etnik Mongol. Kumpulan paduan suara ini lebih pandai mempersembahkan lagu etnik Mongol tanpa iringan muzik. Inilah juga sebabnya kumpulan ini menjadi terkenal di dalam dan di luar China. Dalam tempoh lebih 20 tahun lalu, kumpulan seni ini telah memperoleh banyak anugerah dalam pelbagai jenis pertandingan di dalam dan di luar China dan telah membuat persembahan di beberapa buah panggung muzik yang terkemuka di dunia.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu paduan suara tanpa iringan muzik yang berjudul "Anak Unta yang bersendirian". Lagu ini lagu tradisi rakyat Mongol yang panjang (Mongolian traditional folk Long Song). Ia amat disukai oleh orang Mongol kerana iramanya perlahan dan kedengaran amat sayu. Silalah ikuti persembahan Kumpulan Paduan Suara Remaja Mongol dalam lagu ini.

Sejak sekian lama, Kumpulan Paduan Suara Remaja Mongol ini juga telah mempelajari teknik nyanyian paduan suara dari negara barat di samping mewarisi dan mengembangkan seni muzik tradisional etnik Mongol, hingga terbentuklah gaya nyanyian mereka yang unik dan istimewa ini.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu "Ben Bulai" yang dinyanyikan dengan Humai. "Humai" merupakan salah satu cara menyanyi yang klasik dan unik dalam kalangan etnik Mongol. Penyanyi Humai mampu menyanyi dengan dua suara serentak melalui cara bersuara yang istimewa. Lagu ini diiringi dengan alat muzik "Matouqin", alat muzik tradisional Mongol. Kumpulan Paduan Suara Remaja Mongol menggabungkan permainan alat muzik tradisional ini dengan cara menyanyi tradisional juga untuk mempersembahkan lagu ini. Seni dan budaya etnik Mongol yang asli dipalarkan sepenuhnya serentak. Silalah nikmati lagu "Ben Bulai".

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Empat Musim". Lagu ini menceritakan rasa cinta penduduk Mongol terhadap padang rumput. Silalah nikmati.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China