Cari:
Penggubah Lagu Bai Chengren
2010-03-24 15:06:37 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan menghidangkan beberapa buah lagu yang digubah oleh penggubah lagu terkenal di China, Encik Bai Chengren.

Sebagai hidangan pertama pada hari ini, marilah kita nikmati lagu "Kampung Miao Dihubungkan dengan Beijing" yang digubah oleh Bai Chengren. Lagu ini digubah pada tahun 1970-an. Lagu ini menceritakan perasaan gembira orang etnik Miao selepas landasan kereta api siap dibina sampai ke kawasan pergunungan tempat kampung kediaman mereka.

Encik Bai Chengren dilahirkan pada tahun 1932 dalam sebuah keluarga yang berpendidikan di bandar Chengdu, provinsi Sichuan. Sejak kecil lagi, beliau sudah suka akan muzik dan pandai menyanyi dan bermain alat muzik. Ini adalah pengaruh daripada keluarganya. Ketika belajar di Institut Seni Luxun Timur Laut, Bai Chengren mempelajari seni menggubah muzik dan memimpin orkes, di samping mengikuti pelajaran nyanyian. Selepas tamat dari institut itu pada tahun 1955, beliau terus bekerja dalam Kumpulan Nyanyian dan Tarian Provinsi Hunan.

Pada masa itulahh, Encik Bai Chengren memulakan kerjanya yang melibatkan muzik etnik. Beliau pergi ke perkampungan etnik minoriti, dan berguru pada penyanyi tempatan hingga pandai menyanyi lagu rakyat. Muzik rakyat juga merangsang minat beliau untuk menggubah lagu yang berciri tempatan di Hunan.

Sekarang, saya akan menyiarkan lagu yang sering dinyanyikan di China yang digubah oleh Bai Chengren pada tahun 1959. Lagu ini berjudul "Dongting, Kampung jelapang padi". Beliau pun menjadi terkenal kerana menggubah lagu ini.

Kejayaan lagu tersebut menjadikan Bai Chengren membuat keputusan untuk terus menggubah lagu rakyat. Tidak lama kemudian, beliau telah menggubah lagu yang berjudul "Mengandar sepikul Teh ke Beijing". Lagu ini digubah berdasarkan muzik lagu etnik Miao. Lirik lagunya berbunyi, "Pengandar yang dibuat dengan kayu murbei amat ringan. Aku mengandar sepikul teh keluar dari kampung. Pemilik kapal bertanya dari mana aku? Aku ialah pekebum teh di tepi sungai Xiang. Pengandar daripada kayu murbei amat ringan. Angin musim bunga bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pemilik kapal bertanya mahu ke mana aku? Ke Beijing, kerana saudara maraku di situ." Silalah nikmati.

Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Taman Bunga Pic pada Musim Bunga". Lagu ini menceritakan pemandangan yang indah pada musim bunga.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Bakul Kecil" yang dinyanyikan oleh biduanita Song Zuying. Lagu ini menceritakan ingatan anak tentang ibu yang menggendongnya dengan bakul ke luar rumah supaya dia mengenali banyak hal yang baru. Silalah nikmati.

Saudara pendengar, sekianlah ruangan "Persada Muzik" kali ini. Saya ---, sampai berjumpa lagi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China