Cari:
Penggubah Lagu Guan Xia
2010-03-31 12:59:18 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan menyiarkan beberapa lagu yang digubah oleh penggubah terkenal di China, Encik Guan Xia.

Sebagai hidangan pertama pada hari ini, marilah kita nikmati lagu "Perasaan Cinta pada Tanah Air" yang muziknya digubah oleh Guan Xia. Lagu ini menceritakan pemandangan yang indah di China dan menyampaikan perasaan cinta yang mendalam terhadap tanah air. Lirik lagunya antara lain berbunyi "Aku mencintai layar putih di sungai,. Aku mencintai gunung kaki Tembok Besar dan azalea yang berkembang bertaburan di lerengnya itu. Tanah air, tanah air, di mana-mana jua, aku tetap mencintaimu."

Encik Guan Xia tamat dari Konservatori Pusat pada tahun 1985. Karyanya yang berjudul "Kuartet Alat Tali Pertama" yang digubahnya mendapat perhatian kalangan pemuzik di China. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, beliau banyak menghasilkan karya muzik simfoni dan muzik latar bagi filem dan drama bersiri televisyen. Beliau juga berusaha untuk mencipta muzik simfoni berdasarkan muzik rakyat.

Guan Xia telah menggubah beberapa buah lagu yang bertemu penghargaan dan pujian terhadap tanah air, yang mendapat sambutan baik daripada para pendengar, bahkan ada antaranya yang dijadikan bahan pembelajaran di Konservatori Pusat.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Tanah Air, Mari Kita Minum untukmu" yang digubah oleh Guan Xia. Lirik lagunya antara lain berbunyi "Matahari mengangkat gelas wain berwarna emas, menghadiahkan sinaran yang gemilang kepadamu. Bulan mengangkat gelas wain yang berwarna perak, menghadiahkan perasaan mesra kepadamu. Tembok Besar mengangkat gelas wain perpaduan, menghadiahkan rasa bangga bangsa kepadamu. Sungai Kuning mengangkat gelas wain penuh hasrat, menghadiahkan keikhlasan kepadamu. Tanah air, tanah air, mari kita minum untukmu. Semoga engkau berkembang menjadi lebih makmur pada abad yang baru.'

Menurut Guan Xia, penggubah muzik di China bertanggungjawab memberikan fokus kepada kehidupan semasa rakyat. Hanya dengan berbuat demikian, barulah mereka dapat menghasilkan lagu yang dapat mencerminkan kehidupan zaman ini dan diterima oleh para pendengar.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu yang berjudul " Ada Mimpi di Timur". Lagu ini menceritakan bayangan rakyat China terhadap masa depan yang cerah.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Memasuki Musim Bunga" yang digubah oleh Guan Xia. Lirik lagunya antara lain berbunyi "Sinar matahari pagi memerahkan gunung-ganang. Aku membuka skrol musim bunga. Memasuki musim bunga, membenihkan harapan yang berwarna-warni. Memasuki musim bunga, memberikan harapan memperoleh keuntungan pada masa depan."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China