Cari:
Lagu Rakyat Xinjiang 1
2010-04-07 14:43:57 CRI Cetak
Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang tertelak di bahagian barat laut China. Penduduk yang berbilang kaum tinggal di sana dengan harmoni sejak zaman dahulu hingga sekarang. Mereka bersama-sama mencipta sejarah dan budaya Xinjiang yang cemerlang. Dalam rancangan hari ini dan rancangan minggu depan, saya akan memperkenalkan lagu-lagu rakyat etnik di Xinjiang, agar saudara dapat mengenali sedikit sebanyak budaya dan tradisi di sana.

Etnik Uygur merupakan salah satu etnik minoriti di China yang jumlah paling besar berbanding dengan etnik lain di Xinjiang. Menurut catatan sejarah, etnik Uygur asalnya ialah etnik gembala yang berpindah randah di kawasan utara China pada abad ke-3 dahulu. Perang yang berlaku antara puak-puak mereka mengakibatkan salah satu puak tersebut berpindah ke kawasan yang kini dinamakan Xinjiang. Mereka hidup bersama dan berbaur dengan penduduk tempatan begitu lama hingga melahirkan etnik Uygur. Perkataan "Uygur" bermaksud perpaduan dan penyatuan.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat Uygur yang berjudul "Berpegangan Tangan". Lagu ini menceritakan kisah seorang teruna yang menyampaikan rasa cintanya kepada kekasihnya serta mengundang kekasihnya menari bersama dengannya.

Antara lagu-lagu rakyat etnik Uygur, lagu cintalah yang paling banyak. Antaranya, ada yang mendendangkan kekasih, ada yang mengukir janji dengan kekasih, dan ada juga cerita tentang rasa pahit selepas kehilangan kekasih.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu cinta pemuda Uygur yang berjudul "Bunga Delima". Lirik lagunya, antara lain menceritakan tentang gadis yang disifatkan sebagai bunga delima oleh kekasihnya, dan kesetiaan serta rasa cinta kekasihnya yang mendalam.

Etnik Tatar juga ialah etnik minoriti yang tinggal di Xinjiang. Orang Tatar yang mesra dan berbudi, amat suka menyanyi dan menari. Muzik tradisional etnik Tatar sudah terkenal sejak sekian lama di Xinjiang. Terdapat satu pepatah tempatannya yang berbunyi "Di mana ada muzik dan puisi, tentu ada orang Tatar. Di mana ada orang Tatar, tentu ada muzik dan puisi." Ini memperlihatkan betapa pentingnya muzik dalam kehidupan orang Tatar.

Jika dipandang dari segi bentuknya, lagu rakyat Tatar ada yang dicipta sebagai cerita, ada yang dicipta untuk tarian. Antara kedua-duanya, lagu yang bersifat cerita mempunyai muzik yang merdu dan rentaknya agak perlahan.

Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Tatar yang bersifat cerita yang berjudul "Lagu Orang Tua". Lagu ini lagu tradisional Tatar, yang menceritakan kisah seorang tua yang mengenang masa lampaunya dengan penuh kerinduan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Musim panas berlalu, salji turun menutupi bumi. Hari tua sudah menjelma, rambut dan janggut kini menjadi putih. Aku pernah kuat seperti singa waktu aku masih muda, tetapi sekarang berdiri pun perlu bergantung pada sokongan tongkat."

Etnik Kazak tinggal di kawasan utara Xinjiang. Mereka juga menggemari lagu dan muzik. Pepatah yang berbunyi "Lagu dan kuda merupakan sepasang sayap orang Kazak." Orang Kazak suka menyanyi ketika menunggang kuda dengan iringan alat muzik "Dongbula". Alat muzik ini juga menjadi lambang muzik etnik Kazak.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Mayila", sebuah lagu rakyat Kazak yang terkenal. "Mayila" ialah seorang gadis Kazak, yang menurut ceritanya amat cantik dan pandai menyanyi. Para penggembala dikatakan selalu duduk di sekitar kemahnya untuk mendengar Mayila menyanyi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China