Cari:
Lagu Rakyat Xinjiang 2
2010-04-14 14:11:13 CRI Cetak
Dalam rancangan hari ini, saya akan meneruskan pengenlan tentang lagu rakyat etnik yang popular di Xinjiang.

Sebagai hidangan pertama, saya akan menyiarkan lagu rakyat Uzbek yang berjudul "Menjual Epal". Lagu ini menceritakan kisah seorang teruna yang mencurahkan rasa cinta kepada gadis yang disayanginya melalui kesempatan bertemu dan menjual epal kepadanya. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Betapa gembiranya aku apabila berjaya menjual sebiji epal merah kepadamu. Jika epal ini dapat mendatangkan kegembiraan kepadamu, aku alangkah baiknya jika aku pun menjadi hadiah kepadamu."

Orang etnik Uzbek tinggal di merata-merata tempat di Xinjiang. Adat resam dan tradisi makanan mereka lebih sama dengan adat dan tradisi etnik Uygur dan Kazak. Namun, muzik etnik Uzbek ini tetap berbeza dan mengekalkan gayanya yang tersendiri.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat etnik Uzbek yang berjudul "Gadis yang Beralis Hebat". Pada tahun 1950-an abad yang lalu, pemuzik terkenal China, Wang Luobin telah menghasilkan lagu "Membuka Tudungmu" yang berdasarkan lagu "Gadis yang Beralis Lebat" ini, dan lagu ini tersebut terus menjadi popular di seluruh negeri China. Tetapi orang Uzbek menganggap lagu yang disusun semula itu telah menghilangkan irama yang paling menarik daripada lagu yang asalnya. Sekarang, silalah nikmati lagu "Gadis yang Beralis Lebat".

Etnik Kirgiz juga adalah antara etnik minoriti yang tinggal di Xinjiang. Orang Kirgiz ini pandai menyanyi dan menari. Lagu rakyatnya pendek tetapi mudah menyampaikan perasaan. Etnik Kirgiz juga ialah etnik penggembala yang selalu berpindah randah. Jadi, gaya muzik mereka juga hampir sama dengan muzik etnik Kazak.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat Kirgiz yang berjudul "Padang Rumput, Ibuku". Lagu ini menceritakan rasa kasih orang Kirgiz terhadap padang rumput dan kampung halaman mereka.

Etnik Tajik yang juga salah satu etnik minoriti yang tinggal di Xinjiang, menganggap burung helang sebagai ketua segala jenis burung kerana ia menggambarkan sifat telus, gagah dan berani. Orang Tajik kebanyakannya tinggal di dataran tinggi Pamir, maka mereka juga dikenali sebagai "burung elang di dataran tinggi".

Akhir sekali saya akan menyiarkan lagu "Gulibita", iaitu lagu cinta etnik Tajik yang paling popular. Lagu ini pernah disusun semula dan dijadikan lagu tema filem. Ia mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat pelbagai etnik. Ramai juga orang yang mengetahui tentang etnik Tajik melalui lagu ini. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Gulibita, dewi yang jelita. Bunga yang wangi pun tidak setanding denganmu. Tidak ada perkataan yang dapat menceritakan kecantikanmu. Untuk bertemu denganmu, aku tidak takut menghadapi ribut pasir yang melanda. Demi mendapatkan cintamu, aku rela berkorban jiwa rasa."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China