Cari:
Tembikar Hitam
2010-04-19 11:15:13 CRI Cetak

Tembikar hitam ini merupakan sejenis kraf tangan yang memperlihatkan adat tradisi dan budaya 25 etnik minoriti yang tinggal di Provinsi Yunnan. Bahannya merupakan tanah liat yang hanya terdapat di kawasan Yunnan. Tanah ini dibentuk oleh tukang yang mahir dan kemudian dibakar dengan api yang panasnya 1000 darjah Selsius lebih untuk menjadikannya tembikar hitam. Selepas itu, pelukis "aliran Yunnan" akan menggunakan pewarna yang tidak akan luntur warnanya untuk melukis gambar pada tembikar itu. Gambar yang dilukis ini mempamerkan ciri-ciri khusus pelbagai etnik yang hidup di Yunnan. Barangan tembikar ini menjadi sejenis kraf tangan yang sangat digemari oleh para pelancong yang datang ke Yunnan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China