Cari:
Lagu Rakyat Etnik Miao (1)
2010-04-20 17:10:50 CRI Cetak

Dalam rancangan kali ini, saya akan memperkenalkan lagu rakyat etnik Miao, iaitu etnik yang tinggal di provinsi Guizhou, bahagian barat daya China.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Berdiri di Puncak Gunung Miao". Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Aku berdiri di puncak gunung Miao, kelihatan banyak kampung yang indah. Di kampung mana pun aku bertemu jodoh, aku akan hidup bahagia." Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi wanita dengan pelbagai suara.

Etnik Miao mempunyai sejarah yang lama. Masyarakat etnik kebanyakannya tinggal di kawasan pergunungan di provinsi Guizhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dan Yunnan. Orang etnik Miao suka menyanyi. Muzik etnik Miao lebih asli sifatnya. Jema berbagai-bagai dan boleh dibahagikan kepada lagu Fei, lagu arak, lagu Youfang , lagu upacara tertentu, lagu doa dan lagu kanak-kanak. Antara kesemuanya lagu Fei mempunyai ciri etnik Miao yang paling banyak.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu yang amat popular di Guizhou yang berjudul "Lagu Fei di Gedong". Lagu ini menceritakan kisah muda-mudi mengundang kawan-kawannya untuk menyanyikan lagu cinta. Lirik lagunya berbunyi "Musim bunga adalah masa untuk bersantai dan menyanyi. Jika ketinggalan musim ini, tidak ada peluang lagi untuk berjumpa. Hari ini kita berkumpul di sini, di manakah kekasihku?"

Lagu Fei dinyanyikan oleh muda-mudi ketika mereka berjauhan kerana dipisahkan oleh gunung atau sungai, tetapi mahu menyampaikan rasa rindu dan cinta antara satu sama lain. Nada lagu Fei amat tinggi dan persembahannya mudah mengharukan orang. Selain itu, ketika menyambut pesta Tahun Baru Etnik Miao dan Pesta Perahu Naga, lagu Fei juga selalu dinyanyikan.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu Fei yang berjudul "Lagu Fei di Baibang" yang popular di kawasan Baibang Guizhou. Lagu ini lagu cinta yang dinyanyikan oleh pasangan lelaki dan wanita. Iramanya amat perlahan untuk menyanyikan rasa cinta yang mendalam.

Seterusnya saya akan menyiarkan "Lagu Fei di Wu Jiao" yang popular di kawasan Wujiao, bahagian tenggara Guizhou. Lagu ini menceritakan kisah muda-mudi etnik Miao yang mengejar cinta secara terbuka dan terus terang.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu arak yang berjudul "Lagu Cerdik". Lagu ini selalu dinyanyikan dalam majlis atau jamuan. Tuan rumah dan tetamu menyanyi secara berseloka. Kandungannya biasanha tentang kawan-kawan dan saudara mara yang hadir dalam majlis itu, serta perkara yang berlaku di tempat tinggal mereka. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Ada seorang namanya Jin Songgang, dia tegap dan cerdik. Baru sahaja dilahirkan, dia sudah pandai berjalan, bercakap dan menyanyi. Selain Jin Songgang, siapakah lagi yang cerdik? Ada seorang, namanya Jin Fuli. Dia lebih cerdik daripada Jin Songgang."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China