Cari:
Lagu Rakyat Etnik Miao (2)
2010-04-29 13:06:11 CRI Cetak

Dalam rancangan kali ini, saya akan meneruskan pengenalan tentang lagu rakyat etnik Miao yang tinggal di provinsi Guizhou, bahagian barat daya China.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Lagu Cinta di Taigong". Lagu ini amat popular di kawasan Taigong, iaitu kawasan bahagian tenggara Guizhou. Lagu ini menceritakan tentang bayangan gadis terhadap cinta yang indah ketika musim bunga tiba. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Cuaca semakin baik. Daun mula menghijau. Burung berkicau dengan gembira. Marilah kita turun ke ladang bersama-sama. Kita sudah berjanji, aku akan menunggumu pada hari dikau pergi bekerja itu."

Lagu memainkan peranan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan orang etnik Miao. Sejak zaman dahulu hinggalah ke masa ini, muda-mudi etnik Miao akan menyampaikan rasa cinta antara satu sama lain secara terbuka, terutamanya melalui lagu yang dinyanyikan. Lagu rakyat juga merupakan cara utama bagi orang etnik Miao untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan, tidak kira bagi lelaki atau pun perempuan, orang tua atau muda. Selain itu, dalam pelbagai upacara yang diadakan menurut adat resam etnik Miao, lagu dan nyanyian adalah tradisi yang tidak pernah dilupakan.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Andainya Engkau Sekuntum Bunga" yang dinyanyikan dengan beberapa peringkat suara. Lagu ini sebenarnya penuh dengan humor. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Andainya engkau sekuntum bunga, kembang di rabung gunung. Aku akan mencari gelah pengait untuk menggaitmu dan memakaimu di kepalaku, supaya engkau menemaniku sepanjang hayat."

Lagu cinta etnik Miao, antaranya ada yang menyampaikan pujian, ada juga yang menceritakan tentang perasaan ketika jatuh cinta; ada lagu yang menyampaikan bukti dan tanda cinta, juga sumpah setia, ada juga yang menyampaikan rasa rindu ketika pasangan kekasih berpisah.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu cinta yang berjudul "Pohon Rindu". Lagu ini menyampaikan pandangan orang etnik Miao terhadap cinta secara jujur. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Carilah jodoh ketika masih muda. Jika tidak mendapat kekasih, masa akan berlalu dengan cepat."

Akhir sekali, saya akan menyiarkan "Lagu Arak" ketika berpisah dengan tetamu. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Terima kasih kerana datang, wahai tetamu. Aku minum untuk kesihatanmu. Silalah datang lagi."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China