Cari:
Album "Lagu Rakyat 56 Etnik China" Nyanyian Lei Jia (2)
2010-05-12 09:45:58 CRI Cetak

Dalam rancangan kali ini, saya akan memperkenalkan beberapa buah lagu lagi daripada album "Lagu Rakyat 56 Etnik China" yang dinyanyikan oleh penyanyi muda, Lei Jia.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu etnik Maonan yang berjudul "Membeli Topi Berwarna untukmu". Etnik Maonan ialah antara entik yang paling kecil jumlah anggota masyarakatnya di China. Etnik ini menjadi terkenal kerana sejarahnya yang lama dan budayanya yang istimewa. Orang etnik Maonan boleh menggubah lagu sambil menyanyi dan nyanyian mereka boleh berlangsung sepanjang malam.

Topi berwarna ialah hadiah tanda kasih pemuda entik Maonan kepada kekasihnya. Lagu "Membeli Topi Berwarna untukmu" menceritakan kisah tentang tradisi yang diamalkan oleh pemuda etnik Maonan ini. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Hari ini aku pergi ke pasar, membeli topi untukmu. Kuharap kasih sayang kita berkekalan dan kita menjadi pasangan yang bahagia hingga ke akhir hayat."

Album "Lagu Rakyat 56 Buah Etnik China" ini menyimpan 56 buah lagu daripada 56 buah etnik minoriti China. Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu etnik Tujia yang berjudul "Memasang Lampu di Pokok Masang". Etnik Tujia suka menyanyi pelbagai jenis lagu, antaranya lagu tentang cinta, perkahwinan, lagu perpisah, lagu Pan dan juga lagu yang dinyanyikan ketika bekerja. Lagu "Memasang Lampu di Pokok Masang" menceritakan tentang kisah isteris yang berulang kali berpesan kepada suaminya ketika akan berpisah.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu etnik Rusia yang berjudul "Kekal Terpisah oleh Sungai". Lagu cinta ini amat menyedihkan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Malam diiringi angin dan hujan yang berlalu. Embun menitis membasah rumput. Mari kita bersama-sama menyanyikan lagu kehidupan yang bahagia. Itik berenang berpasang-pasangan. Setiap gadis ada kekasih menemaninya. Siapakah yang akan menjadi kekasihku. Menunggu dan terus menunggu, hingga hati menjadi hancur. Aku dan engkau tetap berada di tebing sungai yang berlainan."

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu "Hua'er dan Remaja". Hua'er ialah sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan oleh orang etnik Hui dan Salar. Masyarakat etnik ini tinggal di kawasan barat laut China. Lagu "Hua'er dan Remaja" ini amat popular. Ia menceritakan kisah tentang gadis yang mahu untuk menyampaikan rasa cintanya kepada kekasihnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China