Cari:
Tembikar Ungu Jianshui Yunnan
2010-04-23 16:45:44 CRI Cetak

Tembikar ungu dianggap salah satu daripada empat jenis tembikar yang paling terkenal di China. Ia merupakan kraf tangan tradisi di kaunti Jianshui Provinsi Yunnan dan mulai digemari oleh orang ramai pada penghujung era Dinasti Yuan dan awal era Dinasti Ming (kira-kira tahun 1400 Masehi). Tembikar ungu ini dibuat dengan menggunakan tanah liat yang didapati di kawasan yang berhampiran dengan Jianshui. Tanah liat adalah bahan asasnya. Kemudian setelah terbentuk, ia diproses melalui beberapa prosedur, iaitu melukis, mengukir, membakar dan mengilat. Tembikar yang sudah siap berwarna ungu tua dan mempunyai gambar atau lukisan yang putih. Jika diketuk, bunyinya seperti loceng.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China