Ban Gu dilahirkan pada tahun 32 Masehi. Bapa dan abangnya ialah pakar ilmu sejarah yang terkemuka pada zaman Dinasti Han Timur. Bagaimanapun, hasratnya bukan menjadi seorang pakar sejarah, tetapi menjadi seorang jeneral yang dapat memainkan peranannya di sempada. Pada tahun 73, beliau meletakkan jawatan sebagai pegawai sejarah dalam kerajaan dan menyertai angkatan tentera yang dipimpin oleh Jeneral Dou Gu untuk bertempur dengan tentera Etnik Hun. Keberanian dan kelucuannya mendapat pujian daripada Jeneral Dou Gu. Jeneral ini memperakukan Ban Gu untuk melawat ke pelbagai negeri kecil di bahagian barat sebagai utusan Dinasti Han.
Ketika rombongan Ban Gu tiba ke negeri Shanshan di bahagian timur Cekungan Tarim, mereka di sambut dengan meriah oleh raja Shanshan. Tetapi, tidak lama kemudian, utusan dari etnik Hun pula datang dengan membawa ratusan askar. Raja Shanshan tunduk kepada tekanan utusan Hun dan mulai mengenepikan rombongan Dinasti Han. Setelah mempertimbangkan keadaan yang dihadapinya itu, Ban Gu pun memimpin 36 anggota rombongannya itu untuk menyerang rombongan Hun pada malam hari. Keesokan harinya, Ban Gu telah membawa kepala utusan Hun ke hadapan Raja Shanshan. Setelahme lihat kehebatan Ban Gu, barulah Raja Shanshan memutuskan untuk tunduk kepada Maharaja Dinasti Han.
Selepas itu, Ban Gu telah berjaya menundukkan beberapa buah negeri kecil yang lain, dan dengan itu, hubungan Dinasti Han dengan negeri-negeri di bahagian barat kembali dipulihkan. Namun, pada tahun 75 Masehi, tentera Hun kembali sekali lagi ke kawasan tersebut, dan beberapa buah negeri kecil di sana berjaya ditawan oleh etnik Hun. Maharaja Zhang memerintahkan Ban Gu supaya berundur. Namun, Ban Gu tidak melaksanakan perintah baginda, sebaliknya meneruskan perang dengan tentera Hun dengan bantuan Raja Shule dan beberapa buah negeri yang berhampiran. Akhirnya, Maharaja Zhang memutuskan untuk menyokong usaha Ban Gu itu, lalu menghantar pasukan tentera untuk berperang dengan tentera Hun. Etnik Hun terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih jauh dan tidak lagi menjadi ancaman kepada kerajaan Dinasti Han. Ban Gu, kemudian dilantik menjadi pegawai tertinggi untuk mentadbir pelbagai negeri di bahagian barat.