Tuliang
Tuliang ialah sejenis alat muzik tiupan tradisional dalam masyarakat etnik Jingpo di provinsi Yunnan, bahagian barat daya China.
Alat muzik ini biasanya dibuat dengan sebatang buluh yang panjangnya kira-kira 40 hingga 50 sentimeter, dengan cara menebuk satu lubang yang berbentuk empat segi pada bahagian tengahnya. Selain itu, ada juga yang dihasilkan dengan menyambungkan dua atau tiga ruas buluh. Ia lebih sesuai digunakan untuk memainkan muzik kalangan rakyat, atau sebagai iringan muzik.
Orang etnik Jingpo menyatakan bahawa alat muzik Tuliang ini dicipta oleh nenek moyang mereka selepas mendapat ilham daripada dewa pujaan mereka, untuk meluahkan perasaan sedih dan rindu. Dengan bunyi yang rendah dan penuh perasaan sedih dan pilu, muzik yang dihasilkan olehnya cukup untuk menyentuh hati para pendengar.