Cari:
Opera Tempatan Provinsi Hebei: Hahaqiang
2010-06-21 14:40:33 CRI Cetak

Poster Cerita "Menjual Air"

Hahaqiang, yang juga dikenali sebagai "Heheqiang" atau "He'erqiang", merupakan sejenis opera tempatan di provinsi Hebei yang mempunyai sejarah kira-kira 300 tahun.

Opera bercorak rap ini menampilkan gaya persembahan yang agak sederhana. Pada mulanya, tema opera ini kebanyakannya berkisar tentang kehidupan rakyat jelata. Melalui evolusi, ia juga mempersembahkan cerita sejarah yang lebih besar skopnya.

Alat muzik utama yang mengiringi opera Hahaqiang ini ialah Sihu, Banhu, Yueqin, Erhu dan Pipa. Watak dalam opera ini biasanya terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Xiaodan (gadis muda), Xiaosheng (lelaki muda) dan Xiaochou (watak badut).

Antara ceritanya yang popular termasuk "Tanglung Berkembar", "Legenda Kunci Emas", "Qinxianglian" dan "An Zhongkui".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China