Cari:
Lagu untuk Kanak-Kanak
2010-06-01 16:51:30 CRI Cetak
Dalam ruangan hari ini, saya akan hidangkan beberapa buah lagu khusus untuk kanak-kanak.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Di Manakah Musim Bunga" yang dinyanyikan oleh Kumpulan Paduan Suara Sekolah Rendah Huijia Beijing dan Kumpulan Paduan Suara Sekolah Rendah Berafiliasi Akademi Sains Pertanian China. Lagu ini rentaknya rancak dan ia selalu dinyanyikan di China sejak lebih 50 tahun yang lalu. Ia merupakan salah satu lagu kanak-kanak yang terbaik sejak Republik Rakyat China ditubuhkan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Di manakah musim bunga, di manakah musim bunga. Musim bunga berada di gunung yang menghijau. Di sini ada bunga yang berwarna merah, rumput yang hijau. Burung yang pandai menyanyi juga dapat dijumpai di sini."

Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan lebih 60 tahun lalu, beberapa buah lagu kanak-kanak terus dinyanyikan untuk menemani pembesaran kanak-kanak beberapa generasi. Lagu-lagu itu kebanyakannya menceritakan impian kanak-kanak di China.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu "Pesta yang Gembira" yang juga dipersembahkan bersama-sama oleh kumpulan paduan suara dari kedua-dua buah sekolah rendah tadi. Lagu yang dicipta pada tahun 1950-an ini menceritakan tentang kegembiraan kanak-kanak ketika menyambut Hari Kanak-kanak. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Burung menjadi penunjuk jalan kami, bayu menghembus kami sepoi-sepoi bahasa. Kami seperti musim bunga datang ke taman dan padang rumput. Dengan sapu tangan merah terikat di leher, dan pakaian yang cantik, kami kelihatan seperti bunga yang berkembang. Pakcik dan Makcik yang disayangi, marilah bersama-sama dengan kami menyambut pesta yang cukup gembira ini."

Sekarang, saya akan menyiarkan lagu "Ibu Bapa Silalah dengar Saya" yang dinyanyikan Wang Xingyu, murid dari Sekolah Percubaan Kedua Beijing. Lagu ini menyampaikan hasrat kanak-kanak supaya diringankan beban pelajaran mereka agar mereka dapat mengalami masa kanak-kanak dengan penuh gembira. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Aku faham kasih sayangmu terhadapku. Tapi, aku sibuk sekali belajaran mengenai pengetahuan pelbagai bidang. Siapa yang mengetahui kerisauanku. Beban pelajaran yang berat ini tidak tertanggung olehku. Ayah dan ibu, dengar keluhan ku. Aku ingin bermain dengan kawan-kawan, juga bersama denganmu, ayah dan ibu."

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Gadis Kecil Memetik Cendawan" yang dinyanyikan oleh Kumpulan Kesenian Miaomiao Bandar Guiyang. Lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang mendaki gunung untuk memetik cendawan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Gadis kecil memikul bakul untuk memetik cendawan. Pagi-pagi, tanpa kasut dia mendaki gunung. Dialah orang yang memetik cendawan paling banyak dan paling besar."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China