Cari:
Laozi, Ahli Falsafah Paling Cemerlang di China pada zaman Purba (6)
2010-06-09 10:44:12 CRI Cetak
Kitab "Laozi" terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas yang disebut "Kitab Dao" dan bahagian bawah yang disebut "Kitab De". Kedua-dua kitab tersebut juga disebut "Kitab Dao De" atau "Tao Te Ching".

Namun, menurut sebahagian artifak yang ditemui di Mawangdui, bandar Changsha di bahagian selatan China pada tahun 1973, maklumat yang didapati adalah bertentangan. Ahli arkeologi yang membuat penggalian di sana telah menemui sebuah buku yang berjudul "Laozi" yang ditulis di atas kain sutera, dan ia juga terdiri daripada dua bahagian, tetapi judulnya tertera terebalik, iaitu bahagian atas disebut "Kitab De" dan bahagian bawah disebut "Kitab Dao".

Kitab "Laozi" yang dikatakan mempunyai lima ribu perkataan ini, sebenarnya mempunyai 5,467 perkataan. Kitab ini terdiri daripada 81 bab. Bahagian "Kitab Dao" mempunyai 37 bab dengan 2,426 perkataan dan 'Kitab De" mempunyai 44 bab dengan 3,041 perkataan.

Kitab "Laozi", bukan sahaja diktiraf sebagai sebuah buku ilmu falsafah yang pertama yang disusun dengan lengkap di China, tetapi juga diiktiraf sebagai kitab gasas dan pedoman bagi ajaran Taoisme.

Kitab "Laozi" memberikan penjelasan yang jelas dan mendalam tentang "Dao" yang bermaksud "hukum", dan pemikiran asasnya "Dao Fa Zi Ran" yang bermaksud "hukum yang menguasai alam sekitar". Dalam kitab yang terdiri daripada kira-kira lima ribu perkataan sahaja, "Dao" ditegaskan sebanyak 74 kali. Penulisnya menghuraikan "Dao" yang erti asalnya dirujuk kepada "jalan", kemudian merujukkannya pula kepada "hukum" dan "teori". Sebagai konsep falsafah yang istimewa, "Dao" diberi makna yang luas, merangkumi tiga aspek seperti berikut:

Pertama, "Dao" merupakan penggabungan keadaan "Tiada" dengan keadaan "ada". Mungkin ini susah sedikit difahami. Tetapi, kita boleh memahami teori itu dengan mengubah cara berfikir yang biasanya mengutamakan gambaran kepada cara berfikir yang abstrak. Kita perlu memikirkan apakah bentuk dunia ini, bagaimana ia wujud dan berkembang? Apakah cara yang patut kita pilih untuk menghayati, mengetahui dan mengubah suai dunia ini?

Memandangkan pemikiran abstrak yang betul dapat digunakan sebagai kayu ukur untuk menilai berapa tingginya tahap tamadun sesuatu masyarakat itu, maka, penyelidikan terhadapnya akan membawa makna yang besar dan memainkan peranan yang penting untuk membantu kita mengembangkan kerjaya dan menjalani kehidupan seharian.

Pemikiran yang disebut dalam kitab "Laozi" tentang keadaan "Tiada" dan keadaan "Ada" yang saling bergantung, dan "Cakerawala dilahirkan dari keadaan "Ada", manakala keadaan "Ada" dilahirkan dari keadaan "tiada", membawa sinar kepada perkembangan pandangan dunia dan teori kaedah.

Pythagoras dari Greece Kuno telah mengemukakan "nombor" sebagai punca cakerawala dan tanggapan ini agak mirip dengan ajaran "Dao" yang dikemukakan oleh Laozi. Tetapi, "nombor" terbatas kerana hanya terdapat 10 nombor sahaja yang dikira dari 1 hingga 0. Maka, tahap teori "nombor" itu tidak setinggi teori "Dao".

Kira-kira dua ribu tahun selepas itu, ahli falsafah klasik, Heidegger dari Jerman menghuraikan kedua-dua konsep ini, iaitu "ketiadaan dan keadaan" dari sudut peribadinya. Beliau menegaskan bahawa "ketiadaan" yang mutlak yang dilihatnya sebagai bahagian inti bagi ilmu falsafah, mesti diterima dalam segala penyelidikan falsafah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China