Cari:
Album "Lagu Rakyat 56 Buah Etnik China" yang Dinyanyikan Lei Jia (5)
2010-06-09 12:38:57 CRI Cetak

Dalam rancangan kali ini, saya akan memperkenalkan beberapa buah lagu rakyat Yunnan, juga daripada album "Lagu Rakyat 56 Buah Etnik China" yang dinyanyikan oleh penyanyi muda, Lei Jia.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu etnik Lisu yang berjudul "Kehidupan yang Bahagia Sukar Diceritakan Semua dalam Lagu ". Etnik Lisu mempunyai sejarah yang lama, kebanyakan mereka tinggal di Daerah Autonomi Etnik Lisu Sungai Nu Yunnan. Orang enik ini amat suka menyanyi. Ada pepatah mereka yang berbunyi "Ada garam, tidak dimakan, tidak boleh. Ada lagu, tidak dinyanyikan, juga tidak boleh". Lagu etnik Lisu ini rentaknya cepat bagi menceritakan rasa gembira orang etnik Lisu terhadap kehidupan yang bahagia. Persembahan Lei Jia dengan gaya yang lincah dan diiringi oleh suara penyanyi lelaki, membuat suasana gembira yang disampaikan melalui lagu ini lebih meriah.

Provinsi Yunnan mempunyai etnik minoriti yang paling banyak di China. Sebanyak lebih 20 daripada 55 entik minoriti China terdapat di sana. Dalam perkembangan sejarah lama, pelbagai etnik di Yunnan hidup dengan damai dan mencipta budaya enik yang berwarna-warni. Dalam album "Lagu Rakyat 56 Etnik China" yang dinyanyikan oleh penyanyi, Lei Jia ini terkumpul beberapa buah lagu rakyat Yunnan yang amat berciri tempatan dan terkenal di China. Lagu-lagu yang coraknya berbeza ini menggambarkan adat resam etnik yang berbagai-bagai di kawasan Yunnan.

Sekarang, saya akan menyiarkan lagu rakyat etnik Deang yang berjudul "Harum Bunga Mengiring Dia Datang". Etnik Deang ialah antara etnik minoriti yang paling kuno di kawasan barat daya China dan kebanyakan mereka tinggal di Yunnan. Orang etnik Deang suka minum teh yang pekat, dan mereka pandai menjaga pokok teh. Hampir setiap keluarga etnik De'ang mempunyai kebun teh yang ditanam sendiri. Ini puncanya orang De'ang dikenal sebagai "petani teh yang kuno". Seperti teh yang terkenal yang dihasilkan oleh mereka, lagu rakyat mereka juga sangat merdu. Lagu "Harum Bunga Mengiring Dia Datang" ini diiringi oleh alat muzik Hulusi, yang penuh dengan ciri-ciri tempatan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Aku dapat meraskan keharuman musim bunga, bayu musim bunga menghenbusnya ke kampungku. Dia tentu tiba diiringi harum bunga. Aku mahu berkata-kata, melihatnya dan senyum, tetapi terasa malu."

Etnik Yi ialah antara etnik yang jumlah anggota masyarakatnya lebih banyak di Yunnan. Jenis lagu rakyat etnik Yi pula berbagai-bagai, ada lagu cerita, lagu cinta, lagu tarian dan ada juga lagu kanak-kanak.

Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmatik lagu etnik Yi yang berjudul "Sekeluarga Burung di Bazi Xixiang". Lagu ini penuh ciri-ciri tempatan, menceritakan pemandangan yang indah dan adat resam etnik Yi dengan muziknya yang merdu.

Akhir sekali, saya akan memperkenalkan lagu rakyat etnik Achang. Etnik ini ialah antara etnik yang paling awal tinggal di kawasan Yunnan. Lagu yang berjudul "Lagu Rakyat" yang akan saudara dengar ini menceritakan teruna dan dara yang menyampaikan rasa cinta yang disimpan dalam hati mereka, dan tidak disampaikan secara terus-terang. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Mendaki gunung untuk memetik bunga. Bunga dihias daun menghijau. Saputangan kusangkutkan di dalam pokok. ketika mengesat muka dengannya akan melihat bunga. Pemandangan pada bulan April amat indah. Madu tak mungkin manis jika lebah tidak mengecapnya dari bunga."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China