Cari:
Album "Lagu Rakyat 56 Etnik China" Nnyanyian Lei Jia (6)
2010-06-17 16:19:13 CRI Cetak
Dalam rancangan kali ini, saya akan meneruskan pengenalan tentang lagu rakyat Yunnan daripada album "Lagu Rakyat 56 Etnik China" yang dinyanyikan oleh penyanyi muda, Lei Jia.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu etnik Bulang yang berjudul "Kedua-dua Kita Sayang Menyayangi Sejak Kecil". Masyarakat etnik Bulang kebanyakannya tinggal di provinsi Yunnan. Kehidupan mereka bergantung pada pertanian. Lagu ini cukup merdu iramanya dan dipenuhi rasa romantik. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Hari ini paling indah. Rumput dan pohon menghijau dan bunga berkembang. Cantiknya sekali. Kekasih datang ke rumahku. Betapa harumnya udara dalam rumah buluh. Kita dapat bertemu di sini kerana kita sayang menyayangi sejak kecil."

Yunnan, sebagai provinsi yang mempunyai paling banyak etnik minoriti di China, budayanya berwarna-warni. Dalam album "Lagu Rakyat 56 Etnik China" yang dinyanyikan oleh penyanyi muda, Lei Jia ini, tersimpan beberapa buah lagu etnik minoriti di Yunnan yang terkenal.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat etnik Bai yang berjudul "Lagu Cinta Eryuan". Etnik Bai mempunyai sejarah yang lama dan budayanya amat istimewa. Orang etnik Baik pandai menyanyi dan menari. Jenis muzik di kalangan rakyatnya pula berbagai-bagai. "Lagu Cinta Eryuan" ini amat merdu iramanya dan menggambarkan keinginan gadis untuk berjumpa dengan kekasihnya. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Memetik bunga mensiang, ketika merindu kekasihku. Aku merinduimu dari pagi hingga malam. Rasa rindu sentiasa meruntun hati dan sanubariku."

Seterusnya saya akan memperkenalkan etnik Jingpo yang tinggal di Daerah Autonomi Dai dan Jingpo, Dehong Yunnan. Etnik Jingpo ini terkenal dengan kerajinan, kemesraan dan keberanian mereka. Lagu etnik Jingpo yang berjudul "Lagu Menumbuk Padi" ialah lagu kerja, jadi rentaknya rancak dan muziknya kuat. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Mengangkat antan kayu untuk menumbuk padi. Gadis Jingpo amat gembira, menyanyi sambil bekerja. Ceritakan impian kita yang murni, dan nyanyikan pemandangan baru di kampung kita."

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu entik Naxi yang berjudul "Lagu Cinta Yulong". Etnik Naxi ialah antara entik yang tinggal di Yunnan yang mempunyai budaya tradisional yang cukup lama. "Lagu Cinta Yulong" dinyanyikan secara berseloka oleh teruna dan dara. Lagu ini diiringi seruling. Lirik lagunya, antara lain menyebut tentang gunung, pokok, bunga, mata air dan burung untuk menggambarkan tradisi budaya etnik Naxi yang bersejarah lama itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China