Cari:
Zhang Zhongjing, Pendeta Perubatan Tradisional China
2010-06-24 10:18:36 CRI Cetak

Zhang Zhongjing dilahirkan pada tahun Masehi 150 dalam sebuah keluarga bangsawan dan meninggal dunia pada tahun 219. Beliau ialah pakar perubatan yang terkemuka pada Dinasti Han Timur China.

Pada masa itu, doktor tidak dipandnag mulia dan kerjanya merupakan kerja yang diremehkan. Jadi ibu bapanya berharap Zhang Zhongjing menjadi seorang pegawai kerajaan. Namun, Zhang Zhongjing tidak terpengaruh dengan pandangan orang lain dan mengekalkan azamnya untuk menjadi seorang doktor yang terkemuka. Beliau terus belajar dengan gigih daripada beberapa orang doktor yang mempunyai kebolehan yang luar biasa di samping membaca pelbagai buku klasik dalam bidang perubatan dengan tekun. Akhirnya beliau berjaya menjadi seorang doktor yang sangat dihormati oleh masyarakat.

Ketika beliau dilantik sebagai Gabenor di Changsha, peraturan pada masa itu tidak membenarkan pegawai kerajaan masuk ke rumah orang ramai. Jadi untuk terus memberikan khidmat kepada orang ramai, beliau mengumumkan bahawa setiap bulan ada dua hari pesakit boleh datang ke pejabatnya untuk mendapatkan rawatan.

Pada penghujung era Dinasti Han Timur, sejenis wabak telah merebak di seluruh negara. Seorang demi seorang anggota keluarga Zhang Zhongjing menjadi mangsanya, hingga 2/3 anggota keluarganya meninggal dunia dalam tempoh sepuluh tahun. Kebanyakan mereka meninggal kerana demam kepialu. Zhang Zhongjing terus memutuskan untuk menyelidik kaedah untuk mengubati demam kepialu demi menyelamatkan rakyat daripada ancaman penyakit tersebut. Melalui usahanya selama beberapa puluh tahun, beliau akhirnya bejaya menulis "Penyelidikan tentang Demam Kepialu dan Penyakit Yang Lain" yang mencatatkan 113 preskripsi yang amat berkesan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Buku ini dianggap salah sebuah buku perubatan klasik yang paling besar pengaruhnya dalam sejarah China. Disebabkan kebolehannya dalam bidang perubatan dan juga kesantunannya yang luar biasa, Zhang Zhongjing digelar "pendeta perubatan" oleh generasi kemudiannya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China