Cari:
Pakaian Etnik Jingpo
2010-06-24 10:24:15 CRI Cetak

Orang etnik Jingpo kebanyakannya tinggal di Dehong Provinsi Yunnan. Selain itu, mereka juga terdapat di sebahagian Myanmar.

Lelaki etnik ini suka memakai baju yang berwarna hitam atau putih, tanpa kolar dan berbutang di depan. Jika keluar, mereka biasanya akan membawa pisau tradisional. Wanita etnik Jingpo pula suka memakai skirt yang berwarna hitam dan merah, dan melilit kain di betis mereka. Pada musim perayaan tradisi, mereka akan memakai banyak perhiasan daripada perak seperti rantai, subang, gelang dan juga di dada serta di bahu mereka. Mereka percaya semakin banyak perhiasan perak yang dipakai, bermakna semakin pandai wanita itu berkerja. Mereka juga suka memakai tali pinggang yang dibuat daripada rotan yang diwarnakan merah atau hitam. Mereka berpendapat semakin banyak tali pinggang yang dipakai oleh seseorang wanita itu, semakin cantik ia kelihatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China