Cari:
Laozi, Ahli Falsafah Paling Cemerlang di China pada Zaman Purba (9)
2010-06-30 16:57:20 CRI Cetak

Selain menghuraikan hukum alam tentang "Hujan ribut tidak selamanya, sampai masanya berhenti juga" dalam kitabnya "Laozi", penulisnya terus menghuraikan hubungan yang bertentangan, tetapi juga saling bergantung antara pelbagai peristiwa dan gejala, seperti cantik dan hodoh, keras dan lembut, kuat dan lemah, besar dan kecil, mati dan hidup, cerdas dan bodoh, menang dan kalah, ringan dan berat, serang dan bertahan, megah dan hina, lurus dan bengkok dan sebagainya.

Dalam bab terakhir kitab "Laozi", penulisnya menghuraikan pandangannya tentang "kata-kata yang ikhlas sebenarnya kurang indah, manakala kata-kata yang indah sebenarnya kurang ikhlas; orang yang berhati baik sebenarnya tidak pandai bercakap, manakala orang yang pandai bercakap tidak berhati baik; orang yang tajam pandangannya biasanya tidak luas pengetahuannya, manakala orang yang luas pengetahuannya tidak tajam pandangannya; mereka yang beretika tinggi tidak asyik mengejar keuntungan pribadi, sebaliknya berusaha membantu orang yang memerlukan bantuan supaya dapat meningkatkan budi pekerti dalam lingkungan masyarakat; hukum alam sekitar sebenarnya mendatangkan faedah, bukannya bencana kepada cakerawala, manakala hukum hidup manusia yang beretika tinggi pula mendatangkan faedah kepada orang lain, bukannya berebut keuntungan dengan orang.

Bagaimanapun, ajaran perbahasan yang dianjurkan oleh Laozi bukan sahaja mempunyai unsur positif, malah juga mempunyai unsur negatif yang mengutamakan pandangan bertolak-ansur kepada segala pertentangan.

Ajaran idealisme dalam falsafah Laozi kelihatan agak ketara ketika beliau membentangkan pandangannya tentang sejarah.

Dalam kitab "Laozi" ini, penulisnya menegaskan bahawa objek-objek yang perlu diketahui itu, bukan peristiwa dan benda yang sudah wujud, malah hanya "Dao" atau "hukum" yang kerap kali disebutnya. Beliau menyatakan bahawa manusia boleh mendapat pengetahuan dengan hanya memikirkan "Dao" di rumah sahaja, tanpa perlu membaca buku atau menjelajah ke tempat lain. Tambahan pula, menurut Laozi, jika menjelajah ke tempat yang semakin jauh, pengetahuan yang diperoleh akan menjadi semakin sedikit. Sebagai bukti, mereka yang bijaksana boleh menguasai pengetahuan tanpa menjelajah ke mana-mana, malah boleh mencapai kejayaan tanpa melakukan apa jua praktis.

Pandangan tersebut ternyata mengubah perspektif tentang proses belajar atau proses mendapatkan pengetahuan, dan kelihatan seperti idealisme yang sepatutnya dicela dan dibuang.

Dalam bab ke-65 kitab "Laozi", penulisnya menyatakan bahawa pada zaman purba, pihak berkuasa yang bijak biasanya pandai menggunakan "Dao" untuk mentadbir negara, iaitu dengan membodohkan rakyat yang diperintahnya, dan tidak membantu mereka untuk menjadi pandai. Jika rakyat sukar diperintah, itu disebabkan kecerdasan mereka sudah bertambah dengan banyak. Membantu rakyat meningkatkan pengetahuan dan kecerdasan akan membawa bencana kepada pihak berkuasa dalam mentadbir negaranya, manakala rakyat yang sudah dibodohkan merupakan kebahagiaan bagi negara yang berkenaan.

Selain itu, Kitab "Laozi" juga menyatakan bahawa manusia akan mendapat faedah yang besar jika mereka mengelakkan diri daripada belajar dan menjauhkan diri dari menjadi cerdas. Alangkah bodohnya teori ini!

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China