Cari:
Guan Yu, Hububalang Suci China
2010-07-02 10:44:58 CRI Cetak

Guan Yu ialah jeneral yang paling terkenal di negeri Shu pada zaman Tiga Negeri. Pada tahun 184, beliau telah membunuh seorang bangsawan di kampungnya yang telah banyak membuat jahat, dan kemudian beliau melarikan diri ke Zhuojun. Pada masa itu, Liu Bei sedang mengumpulkan askar untuk menubuhkan angkatan tenteranya sendiri. Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei, seorang wira yang lain bersumpah menjadi saudara. Guang Yu dilantik sebagai janeral utama dalam "lima jeneral harimau" tentera Liu Bei.

Kehebatan Guan Yu dalam medan perang bukan hanya dihargai oleh rakannya, malah digeruni oleh musuhnya. Namun, pada tahun 199, tentera Liu Bei telah ditewaskan oleh tentera Cao Cao. Liu Bei terpaksa mencari perlindungan daripada Yuan Shao, manakala Guan Yu telah ditawan oleh Cao Cao. Cao Cao sebenarnya sangat mengagumi kehebatan Guan Yu. Jadi beliau telah memberikan banyak harta kepada Guan Yu dan melantikkannya sebagai jeneral. Tetapi, Guan Yu menyatakan, sebagai seorang tawanan yang diperlakukan dengan baik oleh Cao Cao, beliau pasti akan membalas budi Cao Cao. Walau bagaimanapun, beliau telah bersumpah akan sehidup semati dengan Liu Bei. Jadi, apabila beliau mendapat maklumat tentang Liu Bei, beliau pasti akan meninggalkan Cao Cao untuk kembali kepada kumpulan tentera Liu Bei. Ketika tentera Cao Cao berperang dengan Yuan Shao, Guan Yu telah berjaya membunuh dua orang jeneral Yuan Shao yang sangat terkenal di medan perang. Cao Cao sangat gembira, dan meminta Maharaja melantik Guan Yu sebagai orang besar. Guan Yu pula telah mendapat tahu bahawa Liu Bei sedang berada di tempat Yuan Shao. Beliau segera meninggalkan khemah Cao Cao untuk mencari Liu Bei, tanpa membawa sebarang hadiah yang diterimanya daripada Cao Cao. Beliau hanya meninggalkan sepucuk surat yang menyatakan ucapan terima kasihnya kepada Cao Cao.

Kesetiaan Guan Yu terhadap saudaranya dan moralnya yang luar biasa, juga kehebatannya di medan perang sangat dikagumi oleh orang China. Beliau dan Konfusius, masing-masing digelar sebagai hulubalang suci dan sasterawan suci China dan kedua-duanya amat dihormati oleh semua orang Cina di seluruh dunia hingga kini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China