Cari:
Laozi, Ahli Falsafah Paling Cemerlang di China pada Zaman Purba (10)
2010-07-07 09:55:29 CRI Cetak
Menurut teori yang dianjurkan oleh Laozi, untuk membodohkan rakyat, beliau memberikan gambaran tentang masyarakat yang dikatakannya munasabah dan sempurna.

"Negara sepatutnya kecil dan jumlah penduduknya tidak perlu ramai. Walaupun peralatan perlu sentiasa ada, namun tidaklah perlu digunakan selalu, dan hendaklah mudah digunakan. Rakyat patut dididik supaya mengambil kira kematian dan kehidupan, dan keinginan mereka untuk menjelajah ke tempat yang jauh patut disingkirkan. Jadi, tiada orang yang mahu menggunakan pelbagai kapal dan kenderaan yang sudah dibina. Tentera yang sudah ditubuhkan, tidak perlu mencari medan untuk membuat latihan. Biarlah manusia kembali hidup dalam keadaan primitif tanpa sebarang budaya, dan biarlah peristiwa dicatat dengan mengikat tali sahaja."

Ini ternyata merupakan pandangan yang mundur terhadap sejarah dan perkembangan masyarakat.

Setelah beberapa lama, kitab "Laozi" ini sering pula digunakan dalam aktiviti keagamaan atau tradisi kepercayaan karut kerana ia mempunyai begitu banyak unsur animisme dan misteri. "Laozi", yang pada asalnya, hanya sebuah buku tentang penyelidikan ilmu ini, lama-kelamaan digelar "Kitab Tao Te Ching" dan menjadi sumber bagi pelbagai karya yang berkait dengan agama Tao. Selain itu, Laozi juga diwarnai oleh unsur daripada manusia kepada dewa, malah diberi gelaran "Tai Shang Lao Jun" yang bermaksud dewa yang berumur panjang yang tinggal di kayangan.

Pada fasa pertengahan dan akhir Zaman Negeri-negeri Berperang, terdapat beberapa kumpulan penganut Taoisme, atas nama Raja Huang, membentuk Puak Huanglao dengan memetik dan mengubah suai pelbagai ajaran dari kitab "Laozi", seperti "tidak bertindak" dan "tidak bergerak bagi memupuk pemikiran".

Pada awal zaman Dinasti Han, Raja Wen dan Permaisuri Dou amat menyukai ajaran dan senaman "Huanglao", sehingga menganjurkan pemerintahan yang mengutamakan panduan "tidak bertindak" dan "berehat bersama-sama dengan rakyat".

Bagaimanapun, setelah tiba zaman pentadbiran Raja Wu, baginda hanya menghormati ajaran Konfusius dan menyingkirkan semua ajaran yang lain, termasuk ajaran Tao.

Namun, setelah memasuki zaman Dinasti Han Timur, ajaran dan senaman "Huanglao" yang berorientasikan penjagaan kesihatan dan latihan tenaga dalaman untuk menyatakan penghargaan terhadap umur yang panjang, kembali menjadi popular di kalangan rakyat jelata.

Menurut petikan dari "Catatan Semasa Pentadbiran Raja Guangwu—Buku Sejarah tentang Fasa Akhir Zaman Dinasti Han", putera Liu Zhuang pernah berkata tentang Raja Guangwu begini, "Walaupun baginda mempunyai kemampuan dan pemikiran yang sebijak Tang dan Yu, (Dua orang raja yang diiktiraf cemerlang pada zaman sebelumnya), tetapi baginda masih belum berjaya menikmati kebahagiaan dalam mengikuti latihan tenaga dalaman yang berorientasikan penjagaan kesihatan seperti yang dijalankan oleh Raja Huangdi dan Laozi. Jadi, aku mendoakan agar baginda dapat menikmati umur yang panjang."

Setelah memasuki era pentadbiran Raja Heng pada zaman Dinasti Han Timur, Raja Heng telah mengarahkan supaya upacara menyembah diadakan beberapa kali untuk menghormati Laozi, malah baginda turut menghadiri upacara seumpama itu pada tahun ke-9 dalam pemerintahannya. Keterlibatan baginda itu telah mendorong pengembangan ajaran Laozi ke seluruh negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China