Ukiran kayu ini dinamakan sedemikian kerana dikeluarkan dari Kaunti Jianchuan, Dali di Yunnan. orang etnik Bai di sini telah menyerap budaya dan teknik mengukir kayu dari pelbagai etnik lain dan lama kelamaan membentuk teknik mengukir kayu mereka sendiri yang istimewa. Ukiran kayu Jianchuan ini dulu kebanyakannya digunakan sebagai hiasan pada bangunan sahaja, namun, sekarang ia sudah menjadi hasil kraf tangan yang tinggi nilainya dari aspek seni. Lebih-lebih lagi pelbagai jenis perabot yang diukir dengan pelbagai corak yang cantik, seperti naga, cenderwasih, merak, dan pelbagai lukisan tradisi yang juga ditatah dengan marmar tempatan yang cantik, yang kini sudah menjadi sangat popular, bukan sahaja di seluruh negara, bahkan di seberang laut.