Cari:
Kuda yang Mencelakakan Kumpulannya (Hai Qun Zhi Ma)
2010-10-13 10:14:14 CRI Cetak

Kuda yang Mencelakakan Kumpulannya

Asal Usul:

Pada suatu hari, kira-kira 4000 tahun yang lalu, Huangdi (Empayar Kuning), iaitu raja yang pertama dalam legenda China, telah membawa rombongan pengiringnya, menuju ke sebuah kampung untuk menziarahi seorang kawannya di sana. Dalam perjalanannya itu, baginda terjumpa seorang budak lelaki yang sedang menjaga sekumpulan kuda.

Disebabkan perjalanan ke tempat yang ditujunya masih agak jauh, maka, baginda bertanya kepada budak itu,

"Kamu tahukah jalan ke kampung kawan beta itu?"

Budak itu menganggukkan kepalanya, sambil menjawab,

"Ya, hamba tahu."

Huangdi bertanya lagi,

"Kamu kenalkah kawan beta itu?"

Budak itu menjawab,

"Ya, hamba kenal."

Melihat budak itu tahu tentang begitu banyak hal, Huangdi terus bertanya kepadanya,

"Adakah kamu tahu, bagaimana caranya untuk mentadbir negara?"

Budak itu menjawab,

"Cara untuk mentadbir negara hampir samalah dengan menjaga kumpulan kuda ini. Hanya perlu mengusir kuda-kuda yang boleh mencelakakan kumpulannya sahaja."

Huangdi merasakan bahawa, kata-kata budak itu memang agak masuk akal. Selepas meninggalkan tempat itu, baginda masih terus memikir-mikirkannya.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Hai Qun Zhi Ma" atau "Kuda yang Mencelakakan Kumpulannya" ini, membawa erti yang sama dengan peribahasa "sebab nila setitik rosak susu sebelanga". Peribahasa ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang suka berbuat sesuatu yang merugikan kelompok masyarakatnya sendiri.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China